24 November, 2009

2010 : PERUBAHAN FORMAT DAN SUKATAN B. ARAB



bismilllah...

pada hari ahad lepas (22 hb nov 09 ) saya telah menghadiri satu kursus taklimat huraian sukatan pelajaran bahasa arab anjuran SPI JPN Kelantan yang melibatkan semua guru bahasa arab di kelantan. program ini diadakan di BTPN P. Chepa sebagai pendedahan sukatan baru yang akan digunapakai bermula sesi 2010. perubahan ini merangkumi sukatan baru, buku teks baru dan format peperiksaan PMR pun baru.


alhamdulillah, dengan pendedahan awal ini guru-guru dapat membuat persiapan untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang pastinya lebih mencabar berbanding sebelum ini. format baru pmr mempunyai dua kertas. ia memerlukan pelajar menjawab dengan bahasa arab 100%, memahami teks,ilmu nahu( tatabahasa ), mufradat ( perkataan seerti ) mudaddhat ( berlawanan ) dan tidak ketinggalan juga ada hafazan syi'ir dan kata-kata hikmah dan menulis karangan.

perubahan ini memerlukan pelajar lebih tekun menghafaz dan memahami ilmu tatabahasa serta kemahiran mengarang dalam bahasa arab untuk mencapai skor A dalam pmr 2010 kelak.

penulis telah dapat merasakan tekanan yang bakal dihadapi sekiranya pelajar tidak melakukan perubahan sikap dan sistem pembelajaran yang teratur untuk cemerlang dalam pmr. semua guru yang mengajar tingkatan 3 tahun 2010 pastikan akan menghadapi tekanan yang berganda sekiranya para pelajar tidak bersedia untuk berubah.

kursus ini juga dapat mengeratkan ukhuwwah antara guru-guru bahasa arab dan dapat bertukar informasi berkaitan bahasa arab. dengan muafakat dan kerjasama antara guru mudah-mudahan akan dapat meringankan beban yang dipikul.

semoga Allah permudahkan semua urusan kita....amin

sekian

6 comments:

AHMAD SYUKRI berkata...

ASSALAMMUALAIKUM USTAZ ADAKAH BENAR SOALAN PMR BERUBAH .

AbuAqil berkata...

salam

ahmad shukri....
berubah atau tidak semua bergantung kpd pendedahan pihak LPM pada mid april nanti.
dah lama kita tertunggu2,tp asyik tangguh2 je.

ustaz rasa perubahan akan ada, cuma tidaklah ketara sangat

salam berkata...

salam weh gano ni hok mano so nk pakaaa ni format pmr ba ni hok pkbs kelate baruu ni ko?

mirza berkata...

ambo ni penulis jadi nk tau lh hok mano soo... nk guna ni
letih tnggu ubah2 ....buku ambo ni
nk bui ko budak2...ambo pening doh ni..
mlade ape2 maklumat harap ustaz makluknn pado ana deh..
email ana
ahza_7980@yahoo.com.my

Anonymous berkata...

sila baca link ini ( INFO TERKINI )

http://pbasmkps.blogspot.com/2010/04/terkini-perubahan-format-bahasa-arab.html?showComment=1271572467000

nadia berkata...

salam.. saya nadia,betul ke format pmr tahun nie pakai format baru?

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share