22 Jun, 2015
Tarbiah Ramadan : Tips elakkan dosa
Abu
Sakeena Adnan Ishak
Sabda
Nabi saw :
من لم يدع قول الزور
والعمل به والجهل فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta (bohong) dan
beramal dengannya, maka Allah tidak butuh kepada usahanya dalam meninggalkan
makan dan minumnya." [Imam al-Bukhari]
Sebahagian salaf berkata : “Puasa yang paling rendah darjatnya ialah
sekadar meninggalkan makan dan minum”.
Jabir berkata : “Apabila kamu berpuasa maka hendaklah pendengaranmu,
penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa daripada pendustaan dan perkara haram
serta tinggalkan menyakiti jiran dan kamu hendaklah sentiasa tenang sepanjang
hari puasa kamu. Jangan kamu jadikan hari puasa kamu dan hari kau tidak
berpuasa adalah sama”.
[Lata’if
al-Maarif, Imam Ahmab bin Ibn Rajab al-Hanbaliy]
Tips
untuk mengelakkan daripada melakukan dosa :
1-
Sibukkan diri dengan ibadat dan ketaatan
kepada Allah agar tiada ruang untuk bermaksiat seperti tadarus al-Quran, solat
sunat, berzikir, membaca buku, menuntut ilmu, membantu ibu di dapur dan
seumpamanya.
2-
Elakkan tempat-tempat awam seperti bazar
Ramadan dan pusat membeli-belah. Di sana mata anda tidak akan dapat ‘berpuasa’
kerana terdapat pelbagai gaya pakaian yang mendedahkan aurat.
3-
Elakkan menonton tv. Walaupun anda ingin
menonton drama sempena Ramadan pasti akan ada juga wanita yang mendedahkan
aurat. Sekurang-kurangnya dalam iklan.
4-
Elakkan bergaul dan bersosial kerana bila bersama orang lain anda akan berbual dan
mengulas pelbagai topik yang tiada manfaat walau pun anda sebagai pendengar
setia. Agak sukar untuk lidah dan telinga anda ‘berpuasa’. Sesungguhnya beruzlah itu lebih
selamat.
5-
Tidur sahaja sekiranya tiada apa yang
ingin dilakukan. Sekurang-kurangnya
anggota badan kita terpelihara daripada melakukan dosa yang boleh mengurangkan
pahala. Tidurlah dengan niat untuk menjana kekuatan jasad untuk menyambung
tilawah al-Quran dan bertarawih dengan sempurna pada malam hari.
Wallahu A’lam
Baca, faham,
hayati dan azam untuk amal. Kita akan mudah untuk beramal bila kita
kongsikan dengan orang lain. Takkan kita nak masukkan diri kita dalam kemurkaan
Allah sebagaimana firman Allah :
“ Besar kemurkaan Allah bila kamu berkata
perkara yang kamu tidak amalkan”.
0 comments:
Catat Ulasan