AbuAqil aka AbuSakeena
Teruk berhabuk blog ini. Malas betul nak update
blog sekarang ini kerana banyak komitmen lain. Post ini pun paksa diri juga.
Pada tahun ini saya telah beberapa kali
bermusafir untuk berkongsi ilmu dengan anak-anak pelajar tingkatan 3 dan 5.
Tahun ini banyak menghadiri ceramah teknik di
bumi semenanjung sahaja dan mungkin terpaksa menolak sekiranya ada jemputan
dari Sabah dan Sarawak kerana kekangan masa dan ingin berehat.
Semua rehlah ilmiah tahun ini saya bermusafir
bersama famili. umpama peribahasa 'Menyelam sambil minum air'. Berkongsi ilmu dan bercuti sambil santai
dengan famili.
Alhamdulillah dengan kemudahan nikmat kenderaan
baru yang Allah kurniakan, kami bermusafir ke Terengganu dan Pahang dengan lancar
dan selesa. Saya kuat kerana bermusafir dengan famili. Sangan teruja bila dapat
bermusafir bersama dan sangat senang hati melihat anak-anak ceria dan gembira. Hilang
rasa letih dan penat walaupun tiada cuti pada setiap hujung minggu.
SMK Seksyen 18 Shah Alam Selangor [ 27 dan 28
Februari 2015]
Berbanyak terima kasih kepada ustazah Hafizah
yang sudi menjemput saya. ustazah hafizah merupakan guru yang banyak memberi sokongan kepada saya semasa awal-awal membina ebook dan buku b arab. Syukran kathiran ustazah. dapat juga bertemu dengan ustazah yang merupakan ketua bidang di SMK Seksyen 18, Shah Alam.
Ini merupakan Rehlah ilmiah pertama tahun ini. Ceramah kali ini untuk
anak-anak pelajar PT3 dan SPM mengambil masa selama dua hari. Terima kasih juga kepada Abang Mir dan Kak Nah kerana sudi beri kemudahan menginap selama dua malam di Bukit Jelutong serta jadi driver ke sana ke sini :)
|
calon-calon PT3 2015 |
|
bersama pelajar SPM |
SMK Lembah Bidong Merang Terengganu [ 28
Mac 2015]
Bersama famili termasuk ibu dan adik perempuan
menginap di Sutra Beach Resort. Gembira betul anak-anak bila dapat mandi
kolam. Yang dewasa pun turut tumpang sekaki ). Setinggi-tinggi penghargaan kepada
ustazah Azlin, jadi juga tahun ini hadir ceramah setelah tertangguh sejak tahun 2014.
|
Mandi kolam di Sutra Beach Resort |
SMKA
Durian Guling di Prinzpark Hotel [ 11 April 2015]
Minggu berikutnya saya bergerak pula ke Kuala
Terengganu untuk memenuhi jemputan cermah teknik PT3 dan kemahiran mengarang
Insyak jemputan dari SMKA Durian Guling yang diadakan di Prinzpark Hotel. Ini kali
kedua hadir ke hotel ini. Terima kasih kepada ustazah Fatmawati atas jemputan.
|
Bersama pelajar SMKA Durian Guling |
|
Mandi kolam lagi |
SMAP Bentong (SUPERB) [18 APRIL 2015]
Musafir kali ini bersama keluarga termasuk
bonda tersayang kerana destinasi berikutnya akan ke Cukai Kemaman untuk
pendaftaran anak sulung Haziq Amsyar menyambung pengajian di Ranaco Education Training Institute dan menziarahi ahli keluarga di sana. Ceramah
di sini untuk teknik SPM. Pelajar SUPERB memang super : hebat dan komited. Terima
kasih kepada ustazah Kamilah dan ustazah Rozielah.
Menginap di Zack Homestay di
Mempaga selama semalaman. Homestay bertaraf 4 bintang. Halaman yang cantik dan
rumah yang selesa.
|
Berhenti seketika di RNR Gua Musang |
|
Homestay yang indah di Felda Mempaga |
|
Selfie dengan bonda tercinta di halaman homestay yang penuh dengan bunga-bunga |
|
Pelajar SUPERB menghayati video |
SMK Clifford Kuala Lipis [24 April 2015]
Ceramah teknik PT3 untuk lima buah sekolah SRK
dan SABK di Daerah Kuala Lipis. Terima kasih kepada sepasang guru bahasa Arab
ustaz Salahuddin dan ustazah Solah Makkiyah atas jemputan serta semua ustaz dan ustazah yang bersama saya. Dapat juga hadir
setelah dua kali tertangguh sejak tahun lepas.
|
Menerima cenderamata dari Pegawai PPD K. Lipis, Ustaz Husin [pernah bersama di maktab Batu Rakit pada 2003] |
|
Foto kenang kenangan bersama guru dan pelajar daerah K. Lipis |
Destinasi berikutnya selepas selesai tugasan
ialah sesi santai dan merasai hawa dingin di Cameron Highlands. Anak-anak
teruja kerana pertama kali datang ke tempat sejuk. sudah lama saya tidak datang ke sini. Saya pernah
berkhidmat di Tanah Rata iaitu di SMK Sultan Ahmad Shah selama setahun setengah
sebelum dapat masuk ke Kota Bharu.
|
Jalan-jalan cari makan di pasar malam di Brinchang |
|
muka-muka teruja dapat tengok ladang teh |
|
Semoga Allah sentiasa merahmati kami |
Hanya tidur semalaman dan bertolak pulang
keesokannya. Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang sempurna
dan famili yang sempurna yang sentiasa sanggup menemani ke mana sahaja. Semoga terus
dikurniakan nikmat sihat dan masa terluang untuk famili dan perkongsian ilmu.
Bulan April yang memenatkan namun kepenatan
hilang bila lihat ahli keluarga gembira dan ceria.
اللهم بارك حياتنا
وارحم اهلنا
0 comments:
Catat Ulasan