26 Januari, 2014

Segala Puji Bagi Allah & Setinggi-tinggi Penghargaan



AbuAqil aka AbuSakeena

Segala puji bagi Allah yang memberi ruang dan peluang kepada hambaNya yang daif ini untuk berkongsi ilmu  Bahasa Arab yang tak seberapa dengan guru-guru dan para pelajar di seluruh bumi Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada para pendidik, asatizah, anak-anak pelajar, ibubapa-ibubapa yang menempah dan membeli sama ada ebook atau buku Modul Abu Sakeena ‘ Rahsia Mencapai A+ B. Arab SPM’. Semoga sedikit perkongsian tersebut dapat memberi manfaat untuk anda semua dan akan menjadi amal jariah untuk diri yang kerdil ini.


Cetakan bagi edisi pertama sebanyak 500 buah hampir habis dan hanya berbaki kurang daripada 30 buah sahaja lagi hanya setelah 3 minggu buku siap dicetak. In Sya Allah beberapa hari lagi akan siap cetakan edisi kedua dengan penambahbaikan  dengan cetakan lebih banyak. Setinggi-tinggi penghargaan kepada ‘dealer’ terbaik iaitu M. Hafiz dan Mimie Syahirah yang sukarela menjadi jurujual buku modul.

Modul Abu Sakeena ini telah dipilih oleh asatizah untuk digunakan oleh anak-anak didik termasuk saya sendiri. Antara sekolah yang memutuskan menggunakan modul ini sebagai alat bantu PdP ialah :

1) SMK Dato’ Perdana [sekolah penulis ]

2) SMK Seksyen 18, Shah Alam [kredit : al-fadhilatul Ustazah Hafizah]

3) SMK Putrajaya [kredit : al-fadhilatul Ustazah Falahah]

4) SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah Perak [kredit : al-Fadhil Ustaz M. Faiz]

5) SMA Dato’ Klana Petra Maamor, Seremban [kredit : al-Fadhilatul Ustazah Khatijah]

6) SMA  al-Basriah, Kuala tembeling Jerantut Pahang [kredit : al-Fadhil Ustaz Mohd haniza]

7) SMK Zainab 1 , Kota Bharu [kredit : al-Fadhilatul Ustazah Roslina]

8) SMA Nilai, Negeri Sembilan [kredit : al-Fadhilatul Ustazah Aiza] 

9) Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah [kredit : al-Fadhil Ustaz Anuar]

10) SBP Integrasi Kuantan [kredit : al-Fadhilatul Ustazah Habibah]

11) SMK Putrajaya Presint 8-1  [kredit : al-Fadhilatul Ustazah Suriani]

12) SMKA Lati, Pasir Mas  [kredit : al-Fadhilatul Ustazah Rohana]

13) Maahad Tahfiz walQiraat Addin Padang Rengas [kredit : al-Fadhilatul Ustazah Noor Shuhadah

14) SMK Tansau Penampang, Kota Kinabalu, Sabah [kredit : al-Fadhilatul Ustazah Shamsiah]

Tidak dilupakan juga kepada pembeli ebook sama ada untuk diri sendiri, anak didik dan anak-anak. saya tak mampu untuk menyenaraikan di sini kerana hampir 20 orang pembeli dan masih berterusan. 

جزاكم الله خير الجزاء

MODUL KHAS KERTAS DUA

Dalam kesibukan setelah sesi persekolahan bermula, projek modul kedua terbantut dan agak ‘slow’. Semoga Allah izinkan buku kedua saya ini akan masuk printing selpas raya Cina nanti, In Sya Allah. Doakan saya agar diberkati masa dan diberi ilham dan idea yang bernas untuk menyiapkannya.


 اللهم يسرلنا أمورنا وتمم لنا بخير

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share