25 Disember, 2013

Buku Modul B. Arab SPM Akan Berada di Pasaran



AbuAqil aka AbuSakeena

Setelah seminggu berlalu  modul Abu Sakeena versi ebook dilancarkan, ramai pelajar dan guru yang bertanyakannya dalam bentuk buku. Saya sememangnya telah merancang akan menerbitkan modul B. Arab SPM tersebut dalam bentuk buku Cuma memerlukan masa.

Hampir seminggu saya bersekang mata  menyunting ebook tersebut agar sesuai dengan versi buku (hardcopy). Banyak juga yang perlu diubah kerana ebook banyak yang berwarna-warni terpaksa ditukar agar bersesuaian. Segala puji bagi Allah yang memudahkan semua urusan. Sehingga kini bahan-bahan telah berada di peringkat suntingan akhir dan akan dihantar ke syarikat percetakan. Di jangka akan siap sepenuhnya pada minggu pertama atau kedua bulan Januari 2014.

Peringkat awal ini saya membuat keputusan untuk mencetak dalam jumlah yang  terhad kerana kekurangan modal dan ingin melihat keadaan pasaran. Sekiranya mendapat sambutan insya Allah akan diulang cetak.

Sesiapa yang berminat boleh menempahnya kerana bilangan amat terhad. Syukran jaziilan kepada akhil karim Mohd Haniza yang telah membuat tempahan awal sebanyak 30 buah dan beberapa orang individu pelajar yang berminat.

Doakan saya agar dipermudahkan semua urusan.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share