07 Jun, 2013

SPM : Tips menjawab Insyak Pendek ( فقرة قصيرة) -surat/ emel/kad



AbuAqil aka AbuSakeena

Lama betul tidak update blog terutama tips tips untuk B Arab SPM. Kali ini ustaz ingin berkongsi tips untuk menjawab soalan kertas 2 iaitu soalan 2 bahagian ( ب ).soalan ini menghendaki pelajar menulis insyak pendek mengikut arahan yang diberikan. pelajar hendaklah menulis tidak kurang 40 patah perkataan dengan peruntukan markah sebanyak 5 markah.  Antara arahan-arahan soalan ini ialah menulis kad, surat, e-mel kepada seseorang. Antara tips mudah untuk menjawab soalan ini ialah anda perlu karang beberapa perkara berikut :

¢  Ucapan salam
¢  Alu-aluan & bertanya khabar
¢  Tujuan bersempena [arahan soalan]
¢  Ucapan
¢  Doa

Anda hanya perlu menghafal ayat-ayat berikut dan ubah mengikut arahan dalam soalan. INGAT, ini untuk soalan surat, emel dan kad sahaja, bukan soalan ucapan atau khutbah.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،

صديقي/ معلمي العزيز،

كيف حالك يا......... المحبوب؟ أنا وأسرتي المحبوبة هنا في صحة وعافية. أغتنم هذه الفرصة الذهبية بمناسبة    ( saya mengambil peluang keemasan ini bersempena)
.................لأقدم لك.................
 رحمك الله دائما ولك السعادة في الدنيا والآخرة.

Ruang kosong hendaklah dimasukkan arahan dalam soalan bersempena sesuatu sambutan serta ucapan.
Contoh soalan.

تحتفل مدرستك بعيد المعلمين، اكتب إلى معلمك بطاقة التهنئة والتقدير على خدماته ومآثره الكثيرة وجهوده المحمودة
Maka jawapannya ialah :

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،

معلمي العزيز،

كيف حالك يا معلمي المحبوب؟ أنا وأسرتي المحبوبة هنا في صحة وعافية. أغتنم هذه الفرصة الذهبية بمناسبة احتفال بيوم المعلمين في مدرستنا لأقدم لك قول التهنئة " أهنئك بيوم المعلمين يا معلمي، شكرا كثيرا على خدماتك ومآثرك الكثيرة وجهودك المحمودة  
 رحمك الله دائما ولك السعادة في الدنيا والآخرة.

Ayat bergaris adalah arahan yang terdapat dalam soalan. Semoga dapat membantu semua pelajar. Wallahu a’lam.

* Soalan di atas ialah soalan SPM 2012

17 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kalau buat karangan mcm ni markah bape dapat ?

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

markah penuh,, :)

Tanpa Nama berkata...

aiwah ya ustaz.. syukran laka.. btw sgt bagus ustaz kongsikan tips seperti ini.. tp ade masalah sikit iaitu sukar dan rumit ut bace tulisan trsebut.. tolong perbaiki ye ustaz..

Tanpa Nama berkata...

salam , ucapan dan khutbah sma kha ustaz ??

Tanpa Nama berkata...

tips nak buat karangan panjang sebagai contoh karangan tentang asean. boleh tak berikan tips mudah untuk karangan pelbagai tajuk. terima kasih

Unknown berkata...

Alhamdulillah, Mujur Ustaz Ade, Klau x Habis Lah Exam SMA Saye Esok

Unknown berkata...

Alhamdulillah, Mujur Ustaz Ade, Klau x Habis Lah Exam SMA Saye Esok

Unknown berkata...

Alhamdulillah ya ustaz,blog ni sngt berguna untuk saya telusuri ilmu BA yg bakal saya menduduki spm taon depan,mintak tunjuk ajar ustaz,syukran

ain_nisa berkata...

alhamdulillah terima kasih ustaz, byk manfaatnya :)

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Jikalau surat, perlu letak alamat dan sebagainya? Bagaimana formatnya?

manischop berkata...

Sangat membantu :)

Unknown berkata...

Iul

Unknown berkata...

Terima kasih ustazn, doakan saya lulus cemerlang spm tahun 2021 nanti ye ustaz

Unknown berkata...

nak tanya, kalau dpt email kan, takpayah buat email eh, maksudnya terus assalam lepastu gelaran lepastu kaifa haluk terus?

Tanpa Nama berkata...

Mau nanyaaa..gmana kalo kita dsuruh balas surat...masih sama ajakah formatnyaaa...

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share