AbuAqil aka AbuSakeena
Kali ini saya ingin berkongsi satu hadis Nabi saw yang menceritakan kisah pengislaman seorang sahabat yang tertarik dengan keindahan ayat yang dilafazkan oleh Nabi saw iaitu ucapan khutbatul hajah yang biasa kita dengar dibaca oleh khatib-khatib atau penceramah pada awal ucapan mereka.
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa sesungguhnya Dhimad telah datang ke
Mekah dan dia berasal dari kaum kabilah Azd Syanu’ah. Beliau sering menjampi
untuk mengubat penyakit gila.
Maka dia mendengar khabar daripada golongan bodoh di kalangan penduduk
Mekah menyatakan sesungguhnya Muhammad seorang yang gila. Maka Dhimad berkata :
kalau aku berjumpa dengan lelaki ini [Muhammad] semoga Allah menyembuhkannya
dengan sebab usaha aku. Kemudian beliau berjumpa dengan Muhammad lalu dia
berkata : Wahai Muhammad, sesungguhnya aku sering menjampi daripada penyakit
ini dan sesungguhnya Allah menyembuhkannya dengan usaha aku. Bolehkah aku
menjampimu?
Maka Rasulullah saw mengucapkan ucapan berikut :
((إن الحمد لله نحمده ،
ونستعينه ، [ ونستغفره ] ، [ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ] ، [ومن سيئات
أعمالنا ]
، من يهده الله فلا مضل له ، ومن يضلل فلا هادي له ، وأشهد أن لا إله إلا الله
وحده لا
شريك له ، وأن محمدا عبده ورسوله . أما بعد
[ sesungguhnya segala puji hanya untuk Allah. kami memujiNya dan kami memohon pertolongan denganNya dan kami memohon keampunan dariNya dan kami berlindung denganNya daripada keburukan-keburukan diri kami dan daripada keburukan-keburukan amalan kami. Sesiapa yang memperoleh petunjukNya maka tiada sesiapa yang dapat menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan olehNya maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepadaNya.. dan aku bersaksi sesungguhnya tiada ilah yang layak disembah selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Muhammad hambaNya dan pesuruhNya. Adapun selepas itu]
Dhimad berkata : tolong kamu ulang ucapan kamu tadi.kemudian baginda
Nabi saw mengulanginya sebanyak tiga kali.
Dhimad berkata : sesungguhnya aku telah mendengar ucapan golongan
tukang tenung, tukang sihir, ahli-ahli syair namun aku tidak pernah mendengar
ucapan yang engkau lafazkan.
Dhimad berkata : hulurkan tanganmu, aku berbaiah dengan kamu di atas
Islam. Maka dia pun berbaiah dengan Nabi saw.
Nabi saw bersabda : dan juga ke atas kaummu. Dhimad berkata : begitu
juga kaumku.
[ Riwayat Imam Muslim, Imam Ahmad, Ibn Majah]
Demikianlah kisah salah seorang sahabat yang memeluk Islam
kerana terpegun dengan ucapan Rasulullah. Ucapan ini dikenali dengan ucapan
khutbah al-hajah kerana Nabi saw sentiasa membacanya sebelum menyampaikan
ucapan atau khutbah.
Keindahan bahasa arab yang merupakan bahasa pilihan Allah untuk
kalamNya yang mulia sangat menusuk jiwa bagi mereka yang memahami dan
menghayati sastera bahasa arab. Semoga kisah ini dapat memberi manfaat dan memberi
motivasi kepada penuntut-penuntut bahasa arab untuk terus mempelajari bahasa
arab walau di mana sahaja berada.
0 comments:
Catat Ulasan