13 April, 2013
10 Perkara Yang Melemahkan Minda
Artikel kali ini saya ingin berkongsi maklumat yang
sangat penting bagi setiap pelajar agar mencapai kecemerlangan dalam akademik
dengan menghindari 10 perkara yang boleh
merencatkan kecergasan minda.
………………………………………………………..
1.Tidak mengambil sarapan pagi.
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan
tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada badan. Tidak mengambil sarapan pagi
menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan
nutrisi pada otak.Banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari
tersebut.
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak
menjadi semakin baik.Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada
perut dan usus untuk tujuan pencernaan,menyebabkan kekurangan darah yang sampai
kepada otak.Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.
3.Merokok.
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi
pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.
4.Mengambil Gula Berlebihan.
Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu
penyerapan protein dan nutrisi.Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang
sihat.
5.Menghidu Udara Yang Tercemar.
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam
badan manusia.Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel
otak.Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang
sangat merbahaya kepada otak.
6.Tidur Yang Berlebihan.
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita.Namun
tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya
berfikir seseorang.
7.Tidur Dengan Menutup Muka.
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal
atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon
dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.Ini boleh menyebabkan
otak kekurangan oksigen.
8.Kurang Berimaginasi.
Berifkir merupakan satu cara yang baik untuk
mengasah otak kita.Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak
menurun.
9.Jarang Berfikir.
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi
lembap dan tidak aktif. Maka,selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja
dan meningkatkan keupayaan otak kita.
10.Tidak Membaca Al-Quran.
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t.
Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah
mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak.Tidak membaca Al-Quran
menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.
1 comments:
Tengok perkara tak senonoh pn kurangkan daya otak gak beb :)
Catat Ulasan