29 November, 2012

Persiapan Akhir : Kelas Intensif Bermula



AbuAqil aka AbuSakeena

Sejak semalam lagi telah bermula kelas intensif B Arab SPM untuk anak-anak didik 5 Ibnu Sina sebagai persiapan akhir menghadapi kertas tersebut pada 3 Disember 2012 iaitu pada hari Isnin depan.

Kelas semalam diadakan ulangkaji keseluruhan tajuk merangkumi semua bahagian qawaid, sorf dan balaghah. dua orang pelajar tidak dapat hadir kerana sakit. semoga mereka berdua segera sembuh.

Para pelajar sedang khusyuk menjawab soalan mufradat

pada pagi ini semua pelajar diuji dengan soalan-soalan kertas 1 secara keseluruhan terutama soalan bahagian mufradat ( seerti dan berlawanan). mereka mesti memperolehi markah sekurang-kurangnya 6/12 bahagian ini untuk mendapat markah selesa bagi kertas 1.

Esok jumaat akan diadakan pula ujian keseluruhan kertas 2 dan diikuti kelas terakhir pada pagi Sabtu untuk ulangkaji keseluruhan. Hari Ahad mereka diberi ruang untuk mengulangkaji sendiri dan menghafal terutama 8 karangan ramalan. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan mereka dan semoga semua pelajar akan mendapat A kertas B arab spm 2012.

1 comments:

yanmaneee berkata...

curry shoes
adidas yeezy
curry 4
christian louboutin outlet
air max
supreme clothing
balenciaga trainers
jordan 12
kd 12 shoes
off white nike

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share