20 Januari, 2012

Alhamdulillah Tuisyen PMR Bermula



AbuAqil aka AbuSakeena

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mempermudahkan semua urusanku untuk terus menyebarkan ilmu B. Arab kepada saudara seagama.

Petang tadi merupakan kelas tuisyen PMR pertama yang diadakan di Pusat Bimbingan Qiraati Bestari, Pekan Jelawat. Kelas Qiraati yang saya usahakan sejak 1999. Masih bernyawa walau tidak se 'gah' dulu.

Pendaftaran dibuka pukul 3.00 petang tadi dan menerima pelajar seramai 12 orang pada hari pertama, alhamdulillah. hasil kerjasama zaujah yang menyebarkan kad promosi di sekolah.

Pelajar khusyuk menjawab soalan sebenar PMR 2010

Kaum Hawa masih terus di depan bab-bab ke arah kebaikan ini.  Tiada seorang pun pelajar lelaki yang berminat buat masa ini. 11 orang pelajar tersebut dari maahad Yaakubiah Nipah dan seorang wakil dari SMKA Tok Bachok.

Pada awalnya kelihatan para pelajar agak kekok,ketakutan. Mungkin sebab tidak biasa belajar dengan saya namun semuanya berjalan dengan baik selepas setengah jam taklimat tadi. Para pelajar nampak bersemangat. Semoga semangat tersebut akan berterusan hingga ke saat akhir iaitu pepriksaan PMR.

Insya Allah..ustaz akan bantu anda semua untuk menguasai bahasa al-Quran. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan kita.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share