06 Disember, 2011

Doakan Kami Agar Allah Mempermudahkan



9 orang pelajar 5 Ibnu Sina yang akan menduduki BAT
AbuAqil aka AbuSakeena

Pagi esok (7 Disember 2011) anak-anak didik yang 9 orang akan berjuang untuk memperolehi kecemerlangan dalam peperiksaan kertas Bahasa Arab Tinggi SPM. Setelah sekian lama bertungkus-lumus, berusaha dengan gigih menghafal, membuat latihan dan mengulangkaji kini tibalah masanya untuk mereka membuktikannya di dalam dewan peperiksaan dalam masa 3 jam 45 minit.

Ikhtiar dan asbab yang dilakukan Insya Allah mencukupi dengan persiapan yang benar-benar mantap dan cukup bersedia dengan P&P, kelas tambahan, teknik menjawab sebanyak 2 kali, kem imtiyaz dan kelas intensif ulangkaji yang telah dilaksanakan dengan sempurna. Cuma yang diperlukan lagi ialah bantuan dan rahmat Allah yang akan memudahkannya.

Setiap pengorbanan yang kita lakukan pasti kita ingin melihat hasilnya. Saya mengharapkan pengorbanan berkongsi  ilmu yang ada serta  pengorbanan masa, tenaga dan harta diharap akan membuahkan hasil yang membanggakan dan akan dinilai sebagai amal soleh bila kembali ke akhirat kelak.

Walaupun menjadi seorang guru di SMKDP sangat sibuk namun saya tetap mengutamakan Bahasa Arab Tinggi kerana matlamat utama berhijrah ke sana ialah kerana ilmu BAT.

Ustaz yakin anda mampu memperoleh keputusan yang cemerlang sekiranya anda menjawab dengan tenang dan seperti yang telah diajar serta tidak leka  semasa menjawab soalan. Buktikan anda boleh!

Semoga Allah menolong dan membantu Ahmad Syukran, Ilham Rusydan, Muhammad Ridhwan, Nurul Asyirah, Nur  Alyaa, Nur Hazimah, Nur Haniza, Khadijah dan Nur Afifah sepanjang peperiksaan berjalan…Insya Allah.

Doakan kami !

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share