30 November, 2011

Persiapkan Diri Untuk Sesi 2012

AbuAqil aka AbuSakeena

Jadual kehidupan semalam sangat sibuk. Turun dari rumah seawal pukul 7.30 pagi untuk menghantar Haziq Amsyar ke sekolahnya di SMI Aman, Binjai. Kemudian terus ke asrama KKSP, ada mesyuarat pengurusan asrama hari bersama pentadbir dan warden-warden.

Amat terkejut kerana terdapat beberapa kes disiplin yang dilakukan oleh pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan SPM dan STPM. Saya berasa sungguh pelik dan tidak faham dengan sikap pelajar. Ada juga yang melakukan vandalisme mentang-mentanglah mereka akan menamatkan persekolahan di sini. Itu bukanlah lesen untuk mereka merosakkan atau menjahanamkan harta benda asrama. Mereka ingin menutup persekolahan mereka selama lima tahun dengan dosa jariah, dosa yang menyebabkan mereka sering disumpah seranah oleh pihak sekolah atau adik-adik pada sesi akan datang.

Mesyuarat berlangsung lebih kurang 3 jam setengah. Saya berasa sangat rimas kerana jam 1.00 masih belum berkesudahan untuk mendaftar Haziq ke Pusat Tuisyen al-Amin, Kubang Kerian. Terus bergegas ke pusat tuisyen tersebut dan terus mendaftar Kelas intensif dalam cuti untuk Haziq. Pakej Tingkatan 3 2012 dikenakan bayaran sebanyak RM190.00 untuk pengajian 6 subjek selama 140 jam dalam masa lima minggu.

Mujur juga ada seorang lagi kawan sekolahnya, Syazani yang turut sama menyertai kelas tersebut. Sekurang-kurangnya ada kawan yang menemani sepanjang belajar di situ. mereka berdua terus memasuki kelas pertama.

Pusat tuisyen yang terkenal ini juga menyediakan kelas intensif cuti  bagi semua peringkat iaitu sekolah rendah bermula tahun 1-6 ( RM160.00). Tingkatan 1-3 ( RM190.00) dan tingkatan 4-5 ( RM260.00). Saya amat menggalakkan semua pelajar agar memanfaatkan cuti ini dengan persiapan untuk menghadapi sesi persekolahan 2012. Antaranya ialah mengikuti kelas tuisyen terutama pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM.

Jangan disia-siakan cuti anda hanya tidur, menonton tv, online, lepak-lepak dan seumpamanya. Masa yang sangat pantas berlalu menyebabkan kita akan menyesal satu masa nanti. Gunalah masa yang ada untuk perkara yang bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat anda.

29 November, 2011

Semoga jadi hamba Soleh & Solehah

Putera-puteri kesayangan Abah
AbuAqil aka AbuSakeena

Seawal jam 4.30  pagi ini bergegas ke stesyen bas Kota Bharu untuk mengambil Haziq Amsyar dan Aqilah Ahla yang akan tiba dari Butterworth. Manakala Nur Fairuz, anak saudara yang turut bersama dijemput oleh bapa dan ibunya. Mereka bertiga dihantar ke Kem Remaja IQ yang diadakan di Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim mengkuang, Bukit Mertajam.

Semoga anak-anakku akan menjadi hamba yang soleh dan solehah dan akan berbakti untuk agama dan keluarga sekurang-kurangnya. Program yang berakhir tengahari semalam mendapat respons positif daripada mereka. Mereka melaporkan bahawa sangat puas hati dan banyak manfaat yang diperolehi dari ceramah-ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang berilmu dan berpengalaman.

Di antara penceramah ialah Imam Muda Asyraf yang turut berkongsi ilmu dan pengalaman. Mereka juga didedahkan dengan amali pengurusan jenazah dan mendapat pengalaman menyembelih ayam ketika slot aktiviti luar di kawasan rekreasi. Mereka juga mendapat bimbingan zikir-zikir lepas solat dan zikir pagi dan petang  serta adab-adab dalam kehidupan seharian berdasarkan sunnah Nabi saw.

Tengahari ini pula akan mendaftarkan Haziq ke salah satu  pusat tuisyen di KBsebagai persiapannya menghadapi PMR pada tahun depan. Semoga pengisian dalam cuti ini dimanfaatkan sebaik mungkin. Kehidupan yang sangat singkat ini tiada ruang dan masa sebenarnya untuk dibuang dengan aktiviti tidak berfaedah.

Tiada harapan dan keinginan dari seorang ibu atau bapa melainkan ingin melihat anak-anak menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah serta berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Semoga anak-anakku akan menjadi hamba yang soleh, solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

27 November, 2011

Setelah 2 Tahun Berblog

Rupa blog pada awal penampilan satu masa dulu

AbuAqil aka AbuSakeena

Pada tarikh 22 November 2011 lepas genap dua tahun 'laman ilmu dan tips belajar' beroperasi. Sungguh pantas masa berlalu. Sepanjang 2 tahun berblog ada pasang surut. Ketika rajin, banyaklah posting, sampai 2,3 post sehari. namun bila sibuk bercampur dengan malas seminggu pun tiada apa-apa perubahan. Asyik isi yang sama.

Namun insya Allah diri yang lemah ini akan terus berkongsi ilmu agama dan ilmu b.arab untuk semua pengunjung-pengunjung.

Terima kasih banyak-banyak dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengunjung tetap atau sekadar singgah sekejap ke laman ilmu ini sehingga purata pengunjung sehari ialah seramai 100 orang. Alhamdulillah. Semoga ada kebaikan yang diperolehi oleh anda semua sepanjang persinggahan di sini.

Doakan semoga saya dikurniakan kekuatan dan motivasi untuk terus berbakti melalui blog yang tidak seberapa ini.

Semoga Allah mempermudahkan semua urusanku.


Memanfaatkan Kelebihan Bulan Muharram

AbuAqil aka AbuSakeena 

Sungguh pantas masa berlalu. Tanpa disedari bulan Muharram kunjung tiba lagi. Tahun baru 1433 Hijriyah tiba bersamaan dengan 27 November 2011 Masihi. Tanpa kita sedari juga sebenarnya usia kita semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita.

Kehadiran bulan Muharram tahun ini sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Sebab itu terdapat golongan yang ghairah beramal dalam bulan ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini. iaitu ;

24 November, 2011

Banjir Oh Banjir !


Web yang menyediakan laporan terkini banjir negeri Kelantan

AbuAqil aka AbuSakeena

Sehingga pagi ini cuaca masih mendung. Adakah hujan akan berterusan? Harap-harap tidak berpanjangan agar jalan untuk ke Pantai Barat tidak terkandas dek banjir. Ini kerana saya akan ke Pulau Pinang pada awal pagi esok (Jumaat) untuk menghantar anak ke Kem Remaja IQ di Bukit Mertajam. Tempahan dan bayaran telah pun dibuat. Tunggu masa sahaja untuk bertolak. Namun di hati ini berasa sangat bimbang takut program yang dirancang terencat kerana banjir. Ketententuan Ilahi mengatasi kehendak kita.

Saya berharap sangat agar anak dapat mengikuti kem tersebut untuk pemantapan sahsiah diri dan jati diri muslim sejati. Kalau tidak dapat pergi sendiri maka terpaksa hantar mereka dengan menaiki bas ekspres. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami

Berdasarkan laporan ramalan cuaca negeri Kelantan hujan akan berterusan sehingga minggu depan. Berdasarkan maklumat laman web e-banjir keadaan banjir di Kelantan memang semakin buruk. Lima laluan di pasir Mas, Machang, Pasir Puteh dan Tanah Merah telah ditutup kerana dinaiki air.

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui laporan terkini banjir di negeri Kelantan boleh lawati web tersebut yang memaparkan laporan lengkap termasuk jumlah mangsa banjir terkini. Ini alamat web tersebut.






23 November, 2011

Cabar Agar Tekun Berusaha, Bukan Memberi Tekanan

AbuAqil aka AbuSakeena

“Awak dapat berapa A exam lepas?”

Antara jawapan pelajar :

“Saya dapat 8A’. jawabnya dengan rasa bangga.
“ Saya dapat 7A jah ustaz”.
“ Mmm…rahsia..tak boleh beritahu.

Pelajar yang tak nak beritahu keputusannya dah boleh diagak apa yang mereka dapat.
Peperiksaan akhir tahun yang baru berlalu merakamkan pelbagai keputusan. Ada pelajar yang dapat keputusan yang cemrlang, baik dan ramai juga yang kecewa kerana sekadar dapat 1A atau 2A.

Sebulan sebelum peperiksaan saya sering mencabar pelajar dengan ayat :

”sesiapa yang gagal mendapat 4A ke atas,sila pindah ke sekolah berdekatan rumah anda”.

Saya mencabar pelajar agar mereka berusaha dengan lebih gigih agar peroleh keputusan yang baik. Biar berbaloi pengorbanan meninggalkan  ahli keluarga tersayang, makan tidak seperti yang diharapkan bila tinggal di asrama.

Namun agak mengecewakan kerana cabaran tersebut tidak diendahkan  sehingga gagal mendapat keputusan yang boleh mengembirakan ibubapa mereka. Lebih mengecewakan bila mereka tidak berasa sedih atau kecewa sikit pun.  Amat pelik.

Saya pasti ibubapa mereka kecewa walaupun bukan peperiksaan SPM atau PMR namun peperiksaan akhir tahun tidak kurang pentingnya kerana penentu kedudukan dalam kelas pada tahun berikutnya.

Saya berfikir panjang kenapa ramai juga pelajar yang tidak cakna dengan tanggung jawab utama mereka iaitu pelajaran. Dari awal tahun hinggalah ke malam peperiksaan sentiasa kena suruh untuk prep, ulangkaji, jangan buang masa dan seumpamanya. Tiada motivasi dalaman. Sentiasa mengharapkan tindakan orang lain.

Lebih tidak bermoral bila terdapat segelintir pelajar yang mengambil jalan pintas untuk berjaya. Mereka  menipu semua orang termasuk diri sendiri dengan cara meniru dalam peperiksaan. Dapatlah keputusan yang baik namun dia menempatkan diri dalam kelompok golongan yang tidak diakui sebagai umat Nabi saw. Na’uzubillah.

Mereka tidak fikir harapan dan cita-cita ibubapa mereka, tidak fikir pengorbanan orang tua mereka, tidak fikir pengorbanan dan harapan guru-guru. Sangat pelik.

Setinggi-tinggi  tahniah kepada pelajar yang membanggakan ibubapa mereka dengan keputusan cemerlang. Tidak dilupakan juga ucapan takziah kepada yang mengecewakan ibubapa.

Tidak dilupakan juga kepada semua pelajar yang memperoleh A kertas bahasa Arab tingkatan 2 iaitu seramai 49 orang. Anda semua kebanggaan ustaz. Teruskan berusaha agar kecemerlangan akan menjadi milik anda pada masa akan datang.

MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 
Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.

Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?

21 November, 2011

Doa Rasul : Memohon Akhlak Mulia


AbuAqil aka AbuSakeena

agak lama juga tidak update blog gara-gara malas dan sibuk dengan perkara lain. Alhamdulillah pada pagi ini diberi kekuatan oleh Allah untuk berkongsi satu doa Rasulullah saw. Iaitu doa memohon agar diberi petunjuk agar dikurniakan akhlak mulia. Lafaz doa tersebut ialah :

اللّهُمَّ اهْدِنِى لأَحْسَنِ الأَخْلاَقِ لاَ يَهْدِى لأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah, tunjukilah padaku akhlaq yang baik. Tidak ada yang dapat menunjuki pada baiknya akhlaq tersebut kecuali Engkau)” [ Imam Muslim ]

Akhlak muli sangat penting kerana ia menunjukkan kesempurnaan iman seseorang. Seseorang yang berakhlak buruk menandakan imannya bermasalah dan tidak sempuna. Sbda nabi saw yang bermaksud :

“Kaum mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya diantara mereka.” [ Imam al-Tirmizi].

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua dan membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.



18 November, 2011

Jangan Sia-siakan Cuti Anda !


 AbuAqil Adnan

Cuti panjang akhir tahun selama sebulan setengah tiba lagi. Pelbagai perkara yang terlintas di fikiran masing-masing untuk dilakukan dalam cuti tersebut.

Ada yang berangan untuk bercuti bersama keluarga atau pulang ke kampung melawat datuk dan nenek. Ada individu yang merancang untuk menghabiskan masa depan komputer melayan laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya.

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang cuti ini. Terdapat ibubapa yang prihatin menghantar anak mereka mengikuti kursus-kursus kerohanian seperti kem solat, kelas al-Quran dan tajwid, kursus  kemahiran komputer, kursus B. Inggeris dan lain-lain.

12 November, 2011

Kisah Keajaiban Doa


AbuAqil aka AbuSakeena

Kali ini saya ingin berkongsi satu hadis Nabi saw yang menceritakan satu peristiwa yang sungguh ajaib. Kemustajaban doa orang soleh. Karamah yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya yang benar-benar bertakwa.

Imam al-Tabarani dan Baihaqi dari Abu Hurairah berkata, "Seorang lelaki ditimpa kelaparan, lalu dia pergi ke daratan. Isterinya pun berdoa, "Ya Allah, limpahkan rezekiMu kepada kami apa yang cukup untuk menjadi adunan kami dan roti kami." Ketika suaminya pulang, bekasnya penuh dengan adunan dan di atas tungku terdapat daging yang siap dimasak serta penggilingan mereka bekerja menggiling dengan sendiri. Suaminya bertanya, "Dari mana semua ini?" Isteri menjawab, "Rezeki daripada Allah." Maka dia menyapu apa yang ada di sekeliling penggilingan. Rasulullah bersabda, "Seandainya dia membiarkannya nescaya penggilingan itu akan berputar atau menggiling sampai hari Kiamat." [dinilai sahih oleh al-Albaniy]

Semoga kisah yang luar biasa ini dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada kita semua agar berusaha menjadi hamba Allah yang bertakwa dan soleh. Kita juga hendaklah sentiasa berdoa dan bergantung kepada Allah setiap masa dan ketika.

05 November, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

عيد مبارك...كل عام وأنتم بخير


Selamat Hari Raya Aidil Adha...
Semoga Allah Menerima Segala Pengorbanan Yang Kita Lakukan...Amin

04 November, 2011

Puasalah Agar Dosa Dua Tahun Diampunkan



AbuAqil aka AbuSakeena

Esok Sabtu 9 Zulhijjah bersamaan 5 November 2011 merupakan hari yang utama dalam Islam terutama kepada jamaah haji iaitu hari wukuf di Arafah. Kepada umat Islam yang tidak menunaikan haji disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai turut sama menghayati ibadat haji walaupun bukan berada di tanah haram.

Amat rugi sesiapa yang melepaskan puasa ini kerana ganjaran yang sangat besar diajnjikan oleh Allah kepada sesiapa yang berpuasa pada hari tersebut. Sabda Nabi saw yang bermaksud :

“Puasa hari Arafah ( 9 Zulhijjah)  dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.[ Imam Muslim]

Kalau kelebihan yang begini besar tidak mengghairahkan kita untuk berpuasa sunat, entahlah kelebihan apa lagi yang diinginkan.  Janji keampunan setahun dosa yang telah dilakukan dan dosa yang akan dilakukan sangat bermakna kepada hamba yang lemah yang seringkali tergelincir menzalimi diri sendiri kerana lemah iman dan tergoda dengan pujuk rayu syaitan.

Semoga Allah membimbing kita semua untuk mengamalkan sunnah nabi saw ini dan semoga Allah mengampunkan semua dosa kita yang lampau dan akan datang.

Akal pintar Tapi Tiada Harga Diri

AbuAqil aka AbuSakeena

“Sungguh tidak sangka , pandai rupanya pelajar ini. Tapi semasa P&P biasa je, tidak menonjol sangat”.
Begitulah dialog seorang guru yang kagum dengan markah anak didiknya yang mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan.

Perasaan bangga dan gembira pasti terdetik di hati guru tersebut kerana itu membuktikan pengajarannya difahami oleh pelajar. Namun apakah  perasaan guru tersebut bila dia mendapat tahu pelajar ini mendapat markah tinggi disebabkan meniru semasa peperiksaan?
Pasti si guru akan kecewa yang amat. Dirinya telah ditipu.

Memang ramai pelajar yang pintar.  Tapi tidak ramai pelajar pintar yang jujur atau yang mempunyai integriti. Sikap jujur semakin pupus dalam diri pelajar masa kini.

Mereka memilih untuk menipu diri sendiri, menipu rakan-rakan, menipu guru, menipu pihak sekolah dan lebih teruk mereka menipu ibubapa mereka sendiri.

Implikasi lebih besar di dunia ini ialah hilang harga diri. Malah implikasi di akhirat pula seolah-olah menempah neraka. Sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud :

Hendaklah kamu sentiasa berlaku jujur, kerana sesungguhnya kejujuran itu  membawa pada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan akan membawa kepada syurga. Jika seseorang sentiasa berlaku jujur dan berusaha untuk jujur, maka dia akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Hati-hatilah kamu dari berbohong, kerana sesungguhnya pembohongan akan membawa  kepada kejahatan dan kejahatan akan membawa kepada neraka. Jika seseorang suka berbohong  dan berupaya untuk berdusta, maka ia akan dicatat di sisi Allah sebagai seorang pembohong.” [Imam  Muslim]

Atau terkeluar dari umat Nabi Muhammad saw “ :

“ Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari golongan kami”.[ imam al-Bukhari]

Kenapa terdapat pelajar sanggup gadaikan harga diri dan menempah neraka semata-mata untuk mendapat markah tinggi?

Kenapa mereka tidak mahu berusaha untuk cemerlang? Kenapa tidak gunakan kepintaran yang ada untuk mendapat kecemerlangan hasil usaha sendiri?. Jalan pintas pilihan syaitan yang dipilih. Mungkin mereka berasa bangga selepas berjaya meniru tanpa diketahui oleh sesiapapun. Walhal Allah, malaikat dan syaitan dalam dirinya mengetahui. Di manakah harga diri golongan ini?

Pening kepala dan buntu bila memikirkan perkara ini. Sungguh pelik. Apakah mereka tidak yakin Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui? Mereka sebenarnya menghina diri sendiri.

Kalimah ‘jujur’ memang senang dilafaz  namun amat sukar untuk dipraktikkan dalam kehidupan sebenar. Berusahalah untuk bersikap jujur kerana itulah kita akan memperoleh reda Rabb kelak.
Jadilah pelajar yang jujur. Biar tidak pandai tapi berintegriti daripada berotak pintar tapi tiada harga diri dan menghina diri sendiri.

“Sesungguhnya kejujuran itu menenangkan jiwa, sedangkan penipuan  akan menggelisahkan jiwa.[ Hadis riwayat al-Tirmizi dan Imam Ahmad]

02 November, 2011

B. Arab SPM 2012 Lebih Mudah

AbuAqil aka AbuSakeena

Hari ini tidak saya berada di sekolah kerana menghadiri kursus huraian sukatan Bahasa Arab SPM 2012 anjuran JPN Kelantan yang diadakan di PPD Machang. Berasa sangat malas untuk pergi ke kursus seperti ini memandangkan banyak kerja yang perlu diselesaikan di sekolah terutama memeriksaan kertas jawapan pelajar yang bertimbun-timbun. Namun demi tanggungjawab yang dipikul terpaksa pergi juga kerana hanya saya guru B.Arab SPM. Tiada pilihan.

Kursus sehari suntuk tersebut mendedahkan sukatan pelajaran baru Bahasa Arab SPM 2012 dengan format baru yang mengalami beberapa perubahan. Perubahan yang ketara ialah kertas 2. Pada hemat saya format baru ini lebih senang berbanding BAT kerana banyak juga tajuk bahagian qawaid dan balaghah dimansuhkan. Antaranya hanya maf'ul mutlak yang dikekal daripada lima jenis maf'ul, adad ma'dud yang memeningkan pelajar, mamnu' al-sorf dan banyak lagi. Begitu juga tajuk al-kinayah dan al-Qasr bahagian al-balaghah.

Memang beruntunglah generasi format baru iaitu geng PMR 2010. Anda bertuah kerana anda perintis format baru yang biasanya dipermudahkan pada awal pelaksanaan.

Semoga berita baik ini akan melegakan dan mengembirakan semua anak didik 14 orang dari kelas 4 Ibnu Sina. Namun diingatkan kecemerlangan Bahasa Arab hanya dicapai oleh mereka yang rajin, tekun dan gigih berusaha, menghafal, bertanya guru serta membuat latih tubi sendiri tanpa suruhan guru. Tanpa perkara tersebut jangan harap untuk cemerlang walau soalan mudah sekalipun.

Semoga Allah SWT membimbing kalian untuk mendalami ilmu kalamNya.
Related Posts with Thumbnails
 
Share