08 Oktober, 2011
Jangan Bimbang..Soalan B. Arablah Yang Paling Mudah!
AbuAqil aka AbuSakeena
“Betul ke ustaz soalan B. Arab mudah?”. Tanya seorang
pelajar calon PMR 2011.
“Ya …betul. Takkan awak tak percayakan ustaz’. Awak akan
tersenyum dari awal sampai akhir exam nanti”. Saya menjawab.
Begitulah pertanyaan yang bertubi-tubi daripada beberapa orang pelajar yang masih
takut-takut untuk menghadapi kertas B. Arab pada 11 Oktober 2011.
Itulah jawapan yang sering saya jawab untuk menenangkan,
meyakin dan mengembirakan mereka. Jawapan saya bukan tiada asas. Dengan
persiapan yang begitu mantap dan rapi sejak sekian lama, kelas tambahan entah berapa
puluh jam, latih tubi entah berapa ratus soalan, menghafal entah berapa puluh
jam, sakit kepala dan pening entah berapa belas kali untuk mengingati, doa
entah berapa ratus kali telah ditadah dan macam-macam lagi asbab yang telah
dilaksanakan sebaik mungkin.
Sebab itu saya menjawab soalan B. Arab senang kerana ustaz
yakin anda semua akan mampu jawab nanti walau apa soalan sekalipun kerana
ikhtiar yang dilakukan insya Allah mencukupi. Hanyalah memerlukan taufiq dan
petunjuk Allah agar dipermudahkan, jangan dipersulitkan, hati ditenangkan,
ilham dan idea dikurniakan, panik dan gentar dihapuskan…Insya Allah.
PMR tahun ini agak istimewa kerana ustaz mempunyai dua
kumpulan pelajar yang akan menduduki
kertas B. Arab ;
PERTAMA :
3 Arab 1 SMK Putri
Saadong : anak-anak didik yang diajar sejak mereka tingkatan dua sehinggalah kelas
terakhir minggu lepas walaupun kelas hanya sekali seminggu. Kerana mengotakan janji
akan terus mengajar mereka walaupun ustaz berkhidmat di SMK Dato’ Perdana.
Alhamdulillah, janji telah ustaz sempurnakan walaupun
sambutan pelajar tidak 100% hadir dan
memberi perhatian. Tiada apa yang mampu ustaz lakukan kerana ustaz hanyalah
guru kelas tambahan. Tiada denda, tiada rotan, tiada salin pembetulan sampai
berpuluh kali hatta membebel pun tiada. Kalau ada pun sekadar menyindir
sekali-sekala. Kerana ustaz sedar siapa ustaz. Tidak sebagaimana ustaz lakukan
kepada ‘kak-kak’ anda pada tahun lepas sehingga mereka mencipta sejarah 18
orang A.
Namun keputusan peperiksaan percubaan dan midyear lepas
sangat membanggakan ustaz kerana ramai juga yang peroleh A sehingga tercatat
antara yang terbaik di PPD Bachok. Itu hasil daripada bimbingan guru B. Arab
Ustazah Nurul Khairiah yang berkaliber.
Namun rasa bimbang tetap ada di hati kerana kelemahan ‘kosakata’
yang sangat miskin di dalam dada pelajar. Inilah sebenarnya penentu A atau B
atau C.
KEDUA :
3 Aked SMK Dato’ Perdana. Anak-anak didik ini ustaz hanya sempat
beberapa kali mengajar dan menyumbangkan ilmu semasa kelas tambahan malam
dengan kekerapan 2 kali sebulan. Tiada apa yang mampu ustaz sumbangkan untuk
anda dengan peruntukan masa sebanyak itu. Hinggakan ustaz tidak sempat
mengingati nama sebahagian pelajar. Maafkan ustaz.
Dengan masa yang sangat
singkat tidak banyak ruang yang dapat ustaz gunakan untuk memberi perkongsian
sebaik mungkin. Sekadar berkongsi teknik dan motivasi. Ustaz pun tidak pasti
adakah kehadiran ustaz membantu pelajar 3 Aked atau sekadar mengisi ruang masa
yang terluang. Kerana berdasarkan kelas terakhir terdapat teknik yang ustaz telah
lama berkongsi masih tidak dapat dikuasai oleh para pelajar.
Namun ustaz yakin dengan kemampuan anda semua. Hasil bimbingan guru B. Arab Ustazah Asiah yang
komited dan usaha yang bersungguh-sungguh, ustaz yakin anda semua akan mencipta
sejarah baru dalam subjek Bahasa Arab PMR.
ANDA SEMUA AKAN PEROLEH A.
Harapan ustaz kepada semua anak didik,
JAWABLAH yang terbaik. YAKINLAH dengan diri sendiri. JANGAN panik
dan gelabah. Jadikanlah B. Arab PMR 2011
merupakan rekod terbaik dalam sejarah sekolah anda.
doa ustaz
sentiasa mengiringi ‘perjuangan’ anda.
اللهم
ارزق طلابي نجاحا باهرا متفوقا
“Ya Allah
kurniakanlah kejayaan yang cemerlang kepada anak-anak didikku.”
0 comments:
Catat Ulasan