01 Oktober, 2011
Berkata Benarlah Walaupun Pahit!
AbuAqil aka AbuSakeena
Tidak dapat dinafikan bahawa antara perkara yang paling
sukar untuk diamalkan ialah berkata benar dalam setiap keadaan. Kita kadang-kadang
atau seringkali tidak bercakap benar dalam percakapan sama ada untuk melepaskan
diri bila ditangkap melakukan kesalahan. Kadang-kadang kita berbohong sekadar
untuk bergurau dengan rakan-rakan. Kadang-kadang kita menokok tambah cerita untuk menyedapkan lagi cerita sedia ada.
Tanpa
kita sedar semua itu membawa kita kepada dosa.
Lebih ditakuti sekiranyanya kita termasuk dalam sabda Nabi
saw :
Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanga kami. [
Imam Muslim]
Ramai benar pelajar-pelajar yang memilih jalan singkat
dengan membohongi guru semata-mata untuk menyelamatkan diri daripada kesalahan
yang dilakukan tanpa memikirkan risiko termasuk dalam hadis di atas atau hilang
keberkatan ilmu yang pelajari.
Kenapa tidak mengakui sahaja kesalahan diri? Mengakulah. Kemudian
pohon kemaafan di atas kesalahan itu. Seterusnya bertaubat kepada Allah dengan
bersungguh-sungguh. Inilah yang selamat dan jalan yang lurus membawa kepada syurga. Bukan memilih
jalan cadangan syaitan dan jalan menuju kepada terkeluar dari umat nabi saw dan
jalan ke neraka.
Sesiapa sahaja tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan
dan kesalahan. Namun jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita terus menerus melakukan
pembohongan sehingga kita dicop sebagai
penipu dan pembohong tegar.
Semoga Allah memeliharaku yang sangat lemah ini daripada
terlibat dengan sebarang penipuan dan pembohongan. Tawakkaltu ‘Alaik ya Rabb.
Berkata benarlah walaupun pahit!
1 comments:
The Best Slots | Casino Roll
The best slots at Casino Roll. If you love table games, to play blackjack, casino-roll.com you have to bet https://jancasino.com/review/merit-casino/ twice https://febcasino.com/review/merit-casino/ for the dealer to win. https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ The dealer must https://deccasino.com/review/merit-casino/
Catat Ulasan