27 Julai, 2011

Mukhayyam B. Arab 2011 menjana keyakinan pelajar



AbuAqil Adnan

Minggu yang sangat memenatkan. Tamat sahaja mesyuarat penyelarasan ujian lisan STAM, bergegas pula ke Mukhayyam B. Arab pada 21 hingga 23 Julai 2011 lepas. Program tahunan anjuran pihak Unit Sektor Pendidikan Islam JPN Kelantan dan PPD Bachok  ini memilih lokasi yang dengan tahun lepas. Alhamdulillah saya mendapat bantuan oleh timbalan kem komandan iaitu ustaz Abdul Aziz Mohd Noor dari SABK Darul Iman, Beris Lalang.

Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar dan baik dengan kerjasama semua peserta seramai 191 orang dari 10 buah sebuah di daerah Bachok. Semangat kerjasama, disiplin serta motivasi yang tinggi dipamerkan oleh para peserta sangat mengkagumkan.

Mukhayyam kali ini sangat ringkas, tetapi padat dengan pendedahan teknik menjawab soalan serta perbengkelan untuk meyakinkan para pelajar menjawab soalan b. Arab PMR. Walau pun tanpa aktiviti lu’bah lughawiyyah, kerjasama yang ditunjukkan dalam kumpulan dapat diberi pujian. Setiap kumpulan dapat menyelesaikan tugasan dengan cemerlang dengan pembentangan yang mantap dan meyakinkan. Aktiviti yang paling menarik ialah persaingan pelajar untuk menjawab soalan-soalan kuiz untuk mendapat cenderamata yang disediakan. Aktiviti ini mesti diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Acara perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Saupi bin Majid, Pegawai Pelajaran Daerah Bachok. Turut hadir ialah al-Fadhil Mohd Fadhli bin Jusoh, Penolong Pengarah sector Pendidikan Islam JPN Kelantan.

Sekalung tahniah kepada semua peserta di atas penyertaan dalam mukhayyam ini. Tidak dilupakan juga penghargaan khas kepada semua anak didik sama ada dari SMK Dato’ Perdana atau SMK Putri Saadong. Anda semua hebat. Semoga kecemerlangan akan menjadi milik anda dalam PMR 2011 nanti.

Foto-foto sekitar Mukhayyam 2011.



5 comments:

6196 berkata...

raso nk g pulok..best arrr.....

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

nak gi pulop???tadok peluang doh..skali sore jah. :)

6196 berkata...

olohhh....ore buat la 2 kali sore..hahaha..x po,mlm esk kito pakat brmukhayyam dgn ustz plop..

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

ho laa..jupo mlm esok..sbb ado hok nak komlen ko kem komandan

6196 berkata...

hahaha.....tau pon...nk komen bnyok mlm ni.....hihi

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share