05 Jun, 2011

Takziah di Atas Musibah yang Menimpa




AbuAqil aka AbuSakeena

Semalam  dimaklumkan bahawa anak murid yang bernama Nur  Maizura bt Halim pelajar tingkatan 3 Aked terlibat dengan kemalangan di Machang. Ingatkan hanya kemalangan biasa namun bila diberitahu bahawa kakaknya meninggal  berasa sungguh  terkejut  dan bersimpati. Kemalangan tersebut mengorbankan kakaknya beserta dua orang sepupunya.

Inna lillah wa inna ilaihi raji’uun. Dari Allah kita datang dan kepadaNyalah kita akan kembali.

Ya Allah, ampunkan dosaku dan dosa arwah-arwah serta tempatkanlah mereka semua dalam lingkungan rahmatMu di alam barzakh dan akhirat.

Begitulah ketentuan Allah yang Maha Adil Bijaksana dan suka menguji hambaNya. Hidup kita penuh dengan cubaan dan ujian untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan.

Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul. Semoga Maizura dan ahli keluarganya bersabar  dan menerima ujian yang berat ini dengan hati yang tabah. Insya Allah ganjaran yang besar akan dibalas olehNya di atas kesabaran menanggung musibah.

Untuk ketahui berita mengenai kemalangan tersebut sila baca di :

Metro

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share