12 Jun, 2011

Santai : Pantai Irama dan ABC




 AbuAqil aka AbuSakeena

Hari ini merupakan cuti peristiwa yang boleh digunakan untuk berkabung setelah ketewasan skuad wira merah dalam perebutan Piala FA kepada Terengganu malam tadi. Terima kasih kepada kerajaan negeri. Saya mengambil kesempatan cuti tambahan ini untuk bersantai bersama family dengan berjalan-jalan di Pantai Irama sambil mengecapi  ABC dan keropok goreng.

Pantai Irama agak lengang walaupun ada ekspo. Namun demikian ada juga pengunjung  yang berkelah dan bermain air di tepi pantai yang airnya kelihatan tenang. Inilah peluang ahli keluarga bersantai bersama sebelum masa sibuk hadir kembali.

Bila sampai terus ke kedai makan yang berdekatan. Memang niat dari rumah lagi datang untuk menikmati ABC. Disamping memakan keropok goreng, makanan kegemaran semua anak-anak. Selepas makan baru jalan-jalan di pantai. 


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share