14 Jun, 2011

Buku “Hebatnya Cara Rasulullah SAW Mendidik” Mesti Dimiliki Oleh Guru




AbuAqil aka AbuSakeena

Entah kenapa petang tadi terbuka hati untuk membaca buku yang dihadiahkan oleh anak didik sempena sambutan hari guru yang lepas. Terima kasih kepada Nik Fatin Insyirah kerana menghadiahkan kepada ustaz buku ‘ Hebatnya cara Rasulullah saw mendidik’ Karya seorang guru yang bernama Razali Saaran yang sepatutnya dimiliki, dibaca serta dipraktikkan oleh seorang guru dalam P&P seharian.

Bila saya membaca buku ini  baru saya sedar bahawa banyak kesilapan yang dilakukan dalam mendidik anak murid. Sungguh jauh berbeza dengan cara Rasulullah saw mendidik para sahabat sehingga melahirkan generasi terbaik yang tiada galang-gantinya. Semoga Allah mengampunkan diri ini.

Setelah lama mengajar dan mendidik terasa agak menurun motivasi dan kesungguhan dalam mentarbiah pelajar. Itulah kelemahan ketara yang ada pada seorang  guru pada masa kini. Mereka hanyalah seorang pengajar iaitu mengajar ilmu semata-mata tanpa berkeinginan untuk menerap nila-nilai murni dan keagamaan dalam hati pelajarnya. Padahal mereka bersedia untuk menjadi menjadi sasaran dakwah yang boleh memanfaatkan ilmu yang dikongsikan.

Buku ini mengupas satu persatu teknik pengajaran yang digunakan oleh Nabi saw. Pengarang mengemukakan hadis-hadis nabi sebagai contoh serta menaytakan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh guru dalam mendidik pelajar. Hadis-hadis yang dimasukkan juga disebut  perawi hadisnya. Cuma tidak dinyatakan status hadisnya bila riwayat bukan dari Imam al-Bukhari dan Muslim.

Saya menyeru kepada rakan pendidik agar memiliki dan menghayati isi kandungan buku ini untuk meniru cara pendidikan Nabi saw. Boleh jadi kita mendidik anak murid kita mengikut kehendak kita semata- mata yang kadang –kadang dikuasai oleh hawa nafsu.

Semoga Allah membimbing diri ini ke jalan yang diredaiNya setiap masa. Semoga semua pengajaranku selama ini akan menjadi amal soleh yang diterima di sisiNya kelak.

1 comments:

aboyandnick berkata...

kami ingin meminta jasa baik pihak anda untuk menolong kami mempromosikan blog kami ini... kami memerlukan lebih 200 org follower untuk komersialkan blog ini. kami juga dalam pembikinan program masakan dan kami akan muatkan juga dalam blog ini. jadi kami ingin sekali berkongsi bersama kawan2 bloger yang lain.. jasa anda amat kami hargai. dan insyaallah kami juga akan membantu mempromosikan blog anda juga... terima kasih....
http://dapurbujang-aboyandnick.blogspot.com/

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share