31 Mei, 2011

2 Aked PKBS II : Jangan Ulangi Kesilapan Lalu (Update)



AbuAqil


Edisi update :


Pagi ini merupakan hari terakhir penyerahan markah PKBS 2. Pada awal pagi ini terlintas untuk menyemak semula markah sebelum ke sekolah. Setelah disemak, ramai pelajar di'upgrade' mendapat B kepada A. Entah berkat doa siapa aku menjadi pemurah. Jadi yang mendapat A meningkat kepada 20 orang. Semua yang B sebelum ini mendapat A setelah dilakukan 'semakan ihsan'. Tahniah!


Namun diingatkan agar pelajar tidak mengulangi kesilapan lalu dan berusaha memperbaiki kelemahan sebelum ini.


--------------

Pelajar-pelajar  tingkatan 2 Aked sungguh teruja untuk mengetahui markah  B.Arab mereka. kerap sangat mereka bertanya  walau pun jawab taklah dapat mana pun J. Pelik juga budak-budak kelas ini. Satu sikap positif dan semangat yang perlu dikekalkan supaya mereka  sentiasa berusaha untuk mendapat keputusan terbaik dengan berusaha memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa. Kalau semangat mereka ini berterusan maka mereka tiada  masalah untuk memperoleh A  B. Arab PMR tahun depan…Insya Allah.

Setelah bertubi-tubi ditanya markah budak-budak 2 Aked akhirnya bermula pagi tadi terpaksa mengangguhkan online untuk menanda kertas jawapan mereka.

Ada suka ada duka, ada rasa gembira dan ada juga rasa geram bercampur marah sepanjang menanda skrip jawapan. Soalan yang mudah diabaikan begitu sahaja. Nampak sangat mereka mengabaikan nasihat, tips dan malas menghafal.

Kalau  anda malas menghafal tiada apa lagi yang mampu ustaz bantu. Ustaz hanya membimbing semata-mata, beri tunjuk ajar, tips, rahsia.  Tapi yang menentukan segalanya adalah diri anda sendiri.


Peperiksaan kali pertama setelah mengajar kelas ini mendapat respon positif. Seramai 14 orang pelajar mendapat A dan  6 orang mendapat B. mereka tercicir B kerana kehilangan banyak markah soalan qawaid dan soalan pemahaman/ petikan. Lebih mengembirakan kerana terdapat dua orang pelajar lelaki yang turut tersenarai memperoleh A. agak mengejutkan malah amat membanggakan ustaz.

Pelajar yang mendapat A ( mengikut markah tertinggi )

1. Syarifah Norshuhada Sayed Daud
2.Wan Nurshairah Wan Mohd Nizam
3.Nur Idayu mahadi
4.Nurul Anis Shaferuddin
5.Nur Ayuni Udin
6.Nur Syaza Ilyana Mahathir
7.Amira Shahirah Ayob
8.Yunni Farhana Muhammad Fadli
9.Muhammad Nur Hakim Ismail
10.Tuan Syazrin Awatif
11.Siti Nur Ain Zubaidah
12.Nik Nur Farah Anis
13.Siti Zaleha Ahmad
14.Mohd Daniel Hadi Mohd Ridzuan

Kepada 7 orang pelajar yang mendapat B  iaitu  Wan Muhammad Idris, Noorsyamimi Shaipul Bahri, Nur Edrina Muhammad Nazrin, Atiqa Syazwani Ridzuan, Nurul Atiqah, Nur Diana Quraisiah dan nur ayuni najwa diharap jangan berputus asa. Anda pasti akan mendapat A dalam peperiksaan akan datang sekiranya anda berusaha memperbaiki kesalahan dan kecuaian dalam peperiksaan lalu.

Tidak dilupakan juga 7 orang pelajar yang lain juga perlu tingkatkan usaha agar dapat meletakkan diri anda dalam kelompok pelajar cemerlang dalam peperiksaan akan datang..Insya Allah. Jangan berputus asa. Masa masih panjang.

Anda juga akan cemerlang kalau anda inginkan dan buktikan dengan kesungguhan.  Yang membimbangkan ustaz ialah 2,3 orang pelajar lelaki yang mendapat markah cukup-cukup makan. Jawapan mereka seolah-olah mereka tidak pernah mempelajari B. Arab. Entah di mana silap ustaz semasa mengajar pelajar-pelajar ini. Terasa sungguh pelik.

Antara kelemahan utama pelajar yang dapat dikesan ialah :

-          - Tidak menggunakan teknik menjawab soalan qawaid iaitu mencari kata kunci dalam soalan.
- -      -  Belum menguasai tasrif fe’el dengan sebaiknya.
-          - Tidak menyalin semua tasrif fe’el dan tasrif gantinama pada isim.
-          - Tidak mencari kata kunci dalam petikan, tidak salin kepala soalan bahkan langsung tidak jawab soalan.
-          - Tidak menghafal senarai katakerja yang diberikan
-          - Tidak menghafal ucapan asas Bahasa Arab
-          - Cuai dalam menyalin semula teks
-          - Tidak tahu makna perkataan
-          - Kesalahan paling besar ialah tidak cuba menjawab soalan walau pun tahu perkataan mudah yang biasa digunakan

Para pelajar hendaklah mengenalpasti kelemahan masing-masing serta berusaha memperbaikinya agar tidak berulang selepas ini. Jangan banyak alasan bila ustaz mengarahkan anda melakukan sesuatu kerana semua itu adalah untuk kebaikan anda semua. 

بارك الله فيكم يا طلاب 2 أكيد
أنتم افتخار أستاذ
:D

Senarai markah lengkap (klik pada imej utk lebih besar) :


3 comments:

angelfishy3995 berkata...

man jadda wa jada,,,hbt la student2 bru ustz,,,,^^

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

syukran 3995...hebat? tp masih belum cukup hebat dari anak didik ustaz sore nih...anda yg terbaik :)

bdk lelaki berkata...

zzzz

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share