26 Februari, 2011

Semoga Hijrahku Peroleh Keredaan




AbuAqil Adnan

Penghijrahan sememangnya tidak dapat dielakkan dalam kehidupan kita.  Sama ada berhijrah tempat tinggal, tempat kerja, jawatan dan yang pasti kita akan berdepan dengan hijrah ke alam baqa’ (abadi) satu masa nanti. Bila tiba saat tersebut maka ia tidak akan terlewat dan terawal walau sedetikpun…iaitulah maut.

Tarikh 27 hb Februari 2011 merupakan hari terakhir  berada di SMK Putri Saadong  sebelum akan memikul amanah sebagai pendidik di destinasi berikut di SMK Dato’ Perdana. Setulus hati dinyatakan bahawa perasaan suka, duka, gembira dan sedih silih berganti di hati ini. Gembira kerana akan berkhidmat di tempat baru yang jarak lebih dekat dari tempat tinggal, mendapat sasaran dakwah yang baru, akan mendidik anak bangsa yang terpilih.

Kebiasaannya insan akan peroleh semangat baru bila berada dalam suasana baru. Kualiti kerja biasanya akan menurun bila kita berada dalam suasana yang sama dalam masa yang lama. Mudah-mudahan hijrah ini akan meningkatkan lagi iman, takwa, ilmu, motivasi dan kualiti kerja diri ini. Paling penting semoga hijrah ini akan mendekatkan diri ini kepada Rabb Yang Maha Mengetahui.

Perasaan sedih tidak dapat dielakkan bila teringatkan akan meninggalkan sekolah yang menjadi tapak untuk mencipta kecemerlangan sebagai seorang pendidik. Di sinilah sebenarnya keupayaan diri ini terserlah bila diberi peluang mengajar subjek Bahasa Arab. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pentadbir kerana memberi peluang ini. Tiga tahun yang sungguh bermakna di SMKPS.

 Tempat jatuh lagikan dikenang….inikan pula tempat mencurahkan bakti, tempat suka-duka mendidik anak didik yang pelbagai kerenah dan perangai, tempat  gembira,tawa hilai bersama rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai semangat kerjasama yang mantap.

Lebih menyedihkan bila mendapati ramai anak-anak didik yang kecewa, marah dengan penghijrahan ini. Maafkan ustaz… Maafkan ustaz… Maafkan ustaz… ustaz tiada pilihan. Hijrah ustaz bukan kerana benci,marah atau kecewa dengan anda. Anda semua hebat, budak baik dan mudah mendengar nasihat. Namun begitulah sunnatullah, peraturan Allah dalam kehidupan ini. Berdoalan agar Allah menggantikan dengan orang lain yang lebih baik dari ustaz…insya Allah.

Jangan bimbang…ustaz tetap membantu Bahasa Arab anda untuk menghadapi PMR nanti. Ustaz janji. Ustaz tidak akan lepas tangan begitu sahaja. Senyumlah..jangan bersedih. Kehidupan mesti diteruskan.

Seribu penghargaan dan terima kasih kepada pihak pentadbir yang memberi peluang untuk berbakti kepada SMKPS. Juga guru-guru,rakan seperjuangan yang bersama-sama mencipta suka dan duka, susah senang bersama sepanjang tiga tahun ini. Terima kasih juga kepada semua anak didik yang sudi menjadi anak didik ustaz,sudi mengamalkan ilmu, nasihat yang dikongsikan.

Hamba yang kerdil ini menyusun sepuluh jari memohon berbanyak-banyak kemaafan kepada  semua di atas segala kesalahan, kesilapan sama ada disedari atau tanpa disedari. Jangan simpan dendam dan benci di dalam hati. Maafkanlah diri ini…

Semoga penghijrahan ini mendapat reda Ilahi,reda sahabat-sahabat dan reda anak-anak didik semua. Doakan agar diri ini sentiasa dirahmati Allah, sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri.

 Ya Allah…Semoga hijrahku ini keranaMu ya Rabb.

12 comments:

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

jangan lupa doa utk diri ini

fatin & friends berkata...

InsyaAllah,kami akn selalu doa utk ustaz..Terima kasih krn sudi mengajar kami selama ini,Semoga ustaz berjaya..ingatlah dkt sini selalu.Terima kasih krn memberi semangat kpd kami,ilmu ustaz takkan kami sia-siakan,insyaAllah kami akn buat yg terbaik dlm BA PMR 2011..Thank you so much ustaz,ustaz lah yg terbaik bagi kami..

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

Syukran fatindan kwn2 krn memahami dan dpt menerima hakikat..kalian semua sentiasa dihati ustaz.ustaz yakin anda semua pasti akan mencipta kecemerlangan dlm pmr 2011 nanti

Ariffah9 berkata...

2 ustaz dan 2 cikgu perempuan saya pindah tahun ini. atas arahan lembaga...

Sedih.. tapi,insyaAllah kami redha. Semua ketentuan-Nya.

Seorang ustaz, guru b.a juga, berpindah krna lebih dekat dgn tmpat tinggal. sprti ustaz :)

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

salam arifah9...lama x dgr berita.
begitulah sunnatullah...bertemu dan berpisah tidak dpt dielakkan.

Ariffah9 berkata...

hehe. lama tak ziarah sini.

itulah, tahun depan Form 4, kawan-kawan pula ramai pindah. perpisahan mengajar makna kehidupan, bukankah?

doakan PMR saya :)
Moga Allah permudahkan urusan Ustaz di tempat baru..

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

syukran arifah9...insya allah awk akan mencipta kecemerlangan dlm pmr nanti...tingkatkan usaha sebaik mungkin

3a1 berkata...

walaupun jauh dimata tp ustz akn sentiasa di hati kami buat slama-lamanya..jasa dn pengorbanan ustz mmng x dpt dilupakan.

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

terima kasih aliaa..kalian hanya jauh di mata,namun dekat di hati...

aliaa berkata...

aikk...ustz tau mno sy????sy bru nk mnyamar..hehe

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

haha...aliaa2...
ustaz kea nih... :)
mace tak kenal

aliaa berkata...

haha..ustz ni meme bisow la..vote for ustz!!..

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share