18 Februari, 2011
Nyaris jadi pendeta
KERANA terlalu ingin mendalami agamanya sendiri, hajat seorang pembantu paderi Kristian menjadi seorang pendeta terbantut dan tidak kesampaian.
Sebaliknya, ia memaksa beliau mencari agama lain sebagai pengganti lantas menemukannya dengan Islam yang kemudian dipilih sebagai agama untuk dianuti dengan penuh keikhlasan tanpa paksaan
mana-mana pihak.
Apabila memeluk Islam hampir lima tahun lalu, iaitu pada 24 Mac 2006, warga Kanada ini mahu dikenali sebagai Abdullah DeLancey (gambar).
Di zaman kanak-kanak sehinggalah dewasa keluarganya membesarkan Abdullah dalam ajaran agama Gereja Pantekosta.
Ia menyaksikannya terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti gereja termasuk menyampaikan khutbah untuk Adult Sunday School dan pelbagai lagi tugas selaku pembantu paderi.
"Saya ingin dedikasikan sepenuhnya hidup ini kepada tuhan. Untuk itu saya bercadang menjadi seorang Minister gereja," katanya.
Ini akan membolehkan Abdullah dapat menjayakan misi-misi Kristian dengan lebih agresif dan meluas.
Bagi mencapai matlamat itu itu, Abdullah perlu melanjutkan pengajian dalam Degree in Divinity dan dia telah ditawarkan biasiswa bagi memastikan cita-citanya tercapai.
Tetapi sebelum melanjutkan pengajian dan menyerah diri sepenuhnya kepada gereja, Abdullah mahu melihat kembali ajaran Kristian secara lebih kritikal dan ingin bertanya secara lebih serius mengenai keimanannya selama ini.
Lalu kepada rakan-rakan Kristian yang lain, dia ajukan pelbagai pertanyaan yang selama ini tidak pernah diambil peduli.
"Namun saya sungguh kecewa apabila tiada jawapan dapat mereka berikan kerana segala-galanya telah kukuh. Ia dengan sendirinya menolak apa juga jawapan dan alasan.
"Di samping segala persoalan tersebut, sebenarnya adalah melampaui tahap pemikiran manusia untuk memikirkannya. Jadi sebagai penganut kita patut diam dan menerima sahaja tanpa banyak soal.
"Ini menyebabkan saya terfikir, tuhan telah mengurniakan otak yang sangat sempurna ciptaannya," jelasnya.
"Tetapi kenapa apabila sampai pada persoalan-persoalan yang ditimbulkan itu secara tiba-tiba fungsi otak tidak diperlukan lagi?
"Adakah ini bermakna selama ini agama yang saya anuti ini adalah berasaskan satu keimanan yang buta," soal Abdullah.
Tidak cukup bertanya dengan rakan-rakan seagama, Abdullah mencari jawapannya dalam kitab Injil kerana setiap ajaran mesti berasaskan daripada kitab itu.
"Tetapi tidak satu pun jawapan ditemui. Malah tambah mengelirukan walau cuba difahamkan berkali-kali," katanya.
Akhirnya tanpa sebarang keraguan, Abdullah membuang agama yang selama ini beliau pertahankan.
"Kini saya tidak mempunyai sebarang agama untuk saya percaya. Tetapi saya terlalu percaya bahawa tuhan itu wujud.
"Jadi saya masih memerlukan agama bagi menghubungkan saya dengan tuhan. Di samping hidup ini sukar hendak dilalui tanpa ada sebarang pegangan agama," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan