28 Februari, 2011

Manusia sememangnya pengkritik yang hebat!




AbuAqil Adnan

Manusia sememangnya pengkritik yang hebat. Semua yang berlaku di sekelilingnya habis dikritik, dikomplen, dikomen dan macam-macam lagi.  Seketul daging yang sepanjang sejengkal itu terus memainkan peranan untuk  membuat koleksi dosa-dosa yang mengakibatkan kakinya tergelincir ke lembah hina. Lidah sungguh lancang berkata-kata tanpa menyelami masalah yang dihadapi oleh mangsa yang dikritik.

Ungkapan ‘Sikap mementingkan diri, tidak mengenang jasa dan budi, lupa diri, tidak sabar, tidak kasihankan orang lain dan macam-macam lagi’ diucapkan dengan mudah dan fasih.

Begitulah sikap kita bila melihat sesuatu yang dilakukan oleh orang lain. Cepat benar mentafsir. Sungguh hebat firasat mereka ini. Semua yang dilakukan oleh orang lain tidak betul. Sangka buruk menguasai diri mereka, padahal sikap ini ditegah dalam al-Quran yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk sangka  (kecurigaan), kerana sebahagian dari buruk sangka itu adalah dosa.. ( Surah al-Hujurat, ayat 12)

Mengkritik orang lain memang mudah kerana bukan kita yang memikul beban yang dipikul olehnya. Kita tidak menyelami kekusutan yang dihadapinya. Kita tidak merasai keperitan yang dirasainya. Kita tidak merasai tekanan yang hadapinya. Kita hanya memandang, kita hanya melihat dengan pandangan zahir semata-mata lalu kita terus mentafsirkannya. Adilkah sikap sedemikian?

Kita tidak pernah memikirkan apakah perasaannya sekira dia mengetahui apa yang diperkatakan oleh orang lain di belakangnya. Mungkin dia berasa sangat kecewa, sedih, sakit hati dan terguris dengan sangkaan buruk tersebut. Mungkin ungkapan negatif itu sangat-sangat tidak menyenangkan hatinya.

Apa salahnya kalau kita bersangka baik dengan tindakannya. Kita tidak rugi malah akan mendapat ganjaran pahala kerana bersangka baik dengan saudara kita. Dia melakukan sesuatu atau membuat keputusan itu kerana kewajaran yang difikirkan olehnya dari segala sudut setelah difikirkan berulang-kali, setelah meminta petunjuk Rabbnya.

Kenapa tidak difikirkan secara matang dan berfikiran waras atau secara muhasabah diri. Cuba gambarkan sekiranya perkara tersebut terkena kepada diri kita. Adakah kita tidak akan melakukan keputusan yang sama sepertinya?. Belum pasti.

Semoga Allah memelihara lidah kita dari berkata-kata sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT. 

1 comments:

jasonbob berkata...

golden goose
kd 11
kyrie 6
nike air max 95
bape hoodie
curry 6
golden goose francy
air max
jordan shoes
nike air max
xiaofang20191217

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share