03 Januari, 2011

Tips Ringkas untuk mencipta kecemerlangan



BISMILLAH…

abuAqil aka AbuSakeena

Hari ini kali pertama memasuki kelas 3A1 2011. Tahun ini merupakan tahun yang kedua mengajar pelajar-pelajar ini. pelajar kelihatan agak pendiam dan serius. Mungkin kerana kesan cuti panjang.

Pelajar diharap dapat membuang semua sikap negatif sebelum ini dan berubah menjadi lebih matang dengan pertambahan usia.  Beban yang mereka pikul amat besar memandangkan mereka adalah pelajar harapan SMK Putri Saadong bagi sesi 2011. Mereka mesti mencipta kejayaan yang lebih gemilang daripada rekod PMR 2010 iaitu lima orang mendapat semua A ( 9A) dan juga rekod Bahasa Arab iaitu melebihi 18 orang A. satu cabaran yang bukan mudah untuk diatasi.


Tiada paksaan untuk anda mengambil subjek Bahasa Arab. Sesiapa yang tidak berminat, sila maklumkan kepada pihak pentadbiran dan berikan alasan yang munasabah. Ustaz tidak akan paksa, sesiapa yang ingin mengambilnya akan dibantu sedaya upaya untuk mendapat A.

Sejujurnya terasa sangat kecewa kerana terdapat beberapa individu yang sengaja menggagalkan diri peperiksaan akhir tahun yang lepas dengan harapan akan diturunkan kelas kerana tidak berminat untuk mengambil Bahasa Arab.

Anda tidak perlu gusar dan bimbang kerana subjek bahasa Arab bukan ‘subjek killer’ di SMKPS. Buktinya selama dua tahun berturut-turut subjek ini mencapat KPI dan target sekolah. Alhamdulillah…

Semuanya bergantung kepada diri anda Sekiranya anda yakin dengan diri sendiri, berusaha dengan tekun, mematuhi setiap tunjuk ajar maka tidak mustahil rekod baru akan tercipta dalam PMR 2011.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian untuk mencipta kejayaan yang cemerlang ialah :

1- Ikhlas : Menuntut ilmu untuk peroleh keredaan Allah.  Anda akan mencapai kecemerlangan dan mendapat ganjaran pahala di akhirat.

2- Menjaga solat fardu dengan sebaik-baiknya. Solat pada awal waktu dan jangan menangguh-nangguhkan solat.

3- Perbanyakkan solat sunat seperti solat hajat, taubat dan sebagainya.

4- Sentiasa berdoa dan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.

5- Membaca al-Quran setiap hari.

6- Menutup aurat dengam sempurna.

7- Mentaati ibubapa, jangan sekali-kali menderhakai mereka.

8- Memuliakan guru, jangan sekali-kali menyakiti hati mereka.

9- Menghindari perbuatan yang dimurkai Allah termasuk perkara yang sia-sia. Jangan membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah untuk dunia dan akhirat anda.

10- Menjauhi budaya ‘coupling’. Terlibat dengan perkara ini akan megganggu, mental, emosi dan fokus anda di samping akan menghilangkan keberkatan hidup anda.

11- Jangan berputus asa sekiranya berdepan dengan kegagalan. Jadikan kegagalan lampau sebagai langkah pertama untuk mencipta kejayaan di luar dugaan.

Demikian beberapa tips ringkas untuk panduan anak-anak didik semua. Semoga perubahan positif dan semangat yang tinggi berkekalan hingga ke akhir tahun. Ya Allah bimbinglah pelajar -pelajarku ini dan permudahkanlah urusan kami untuk memartabatkan bahasa KalamMu…amin.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share