09 Januari, 2011

Jadilah Seorang Jiran Yang Baik



AbuAqil aka AbuSakeena

Dalam kehidupan bermasyarakat kita tidak lari  dari hidup berjiran. Islam mendidik penganutnya menghormati dan memuliakan orang lain termasuk jiran serta menggariskan adab-adab yang mesti diamalkan agar kerukunan hidup bermasyarakat terpelihara.
Jiran juga boleh menyebabkan seseorang itu mendapat ketenangan dan kebahagiaan sebagaimana hadis nabi saw yang bermaksud :

“Empat perkara yang termasuk kebahagiaan seseorang: isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa. ( Ibn Hibban disahihkan oleh al-Albani)

Bahkan Nabi saw memberi amaran keras terhadap orang yang mengganggu jirannya. Sabda Nabi saw :

“Demi Allah tidak beriman! Demi Allah tidak beriman! Demi Allah tidak beriman!” Beliau pun ditanya, “Siapa, wahai Rasulullah?” Jawab beliau, “Orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya.” (
Imam al-Bukhari)
Dalam riwayat Al-Imam Muslim:
 “Tidak akan masuk surga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya.” (Imam Muslim)

Berwaspadalah jangan sampai jiran berasa sakit hati akibat perbuatan diri kita atau ahli keluarga kita. Gangguan kadang-kadang dalam bentuk ucapan, perbuatan,bunyi bising, bau busuk, sampah sarap dan sebagainya.

Sesetengah orang memasang muzik dengan kuat atau bermain mercun ( musim tertentu) sehingga mengganggu ketenteraman orang lain. Walaupun memasang lagu nasyid atau bacaan al-Quran juga tidak boleh sekiranya mengganggu tetangga.
Kebanyakan orang ramai tidak mengambil berat perkara ini hingga menyebabkan jiran berasa terganggu dan sakit hati. Mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu boleh menghumban diri mereka ke dalam neraka sebagaimana sabda Nabi saw :
 
Nabi pernah ditanya, “Wahai Rasulullah, terdapat seorang perempuanyang biasa solat malam, puasa di siang hari, melakukan kebaikan dan bersedekah, tapi dia suka mengganggu tetangga dengan lisannya.” Rasulullah saw pun bersabda, “tiada kebaikan untuknya. Dia termasuk penduduk neraka.” Para sahabat bertanya lagi, “Sementara wanita yang lain hanya menjalankan solat wajib, bersedekah hanya dengan sepotong keju, tapi tak pernah mengganggu siapa pun.” Rasulullah menyatakan, “Dia termasuk penduduk surga.” (HR. Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad)

Oleh yang demikian berhati-hatilah dalam hidup bermasyarakat. Berbuat baik kepada jiran merupakan tanda seseorang itu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Tidak beradab kepada mereka boleh menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke dalam neraka.

2 comments:

si para para berkata...

mintak izin tepek link entri ni kat entri saya..syukran :)

abuaqil berkata...

si para-para ~dipersilakan dan amat dialu-alukan

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share