06 Januari, 2011

Cek Pertama Dari Nuffnang



AbuAqil

Bila pulang ke rumah pada petang semalam terdapat dua pucuk surat dalam peti surat. Surat pertama ialah bil telefon  dan surat yang kedua pula cek dari Nuffnang. Sungguh mengembirakan. Dapat juga akhirnya hasil dari blog aku ini. Entah berapa bulan sejak mula-mula daftar dengan Nuffnang,baru dapat cek bernilai RM49.11. tak kisahlah berapa bulan pun. Bukannya guna modal.

 Terima kasih kepada pengiklan-pengiklan yang sudi letak iklan di blogsaya melalui Nuffnang dan berbanyak terima kasih juga kepada pengunjung-pengunjung blog yang klik iklan tersebut. Semoga lebih rajin klik iklan-iklan yang muncul nanti ye…hehehe.

Sehari dua ni memang tiada kesempatan untuk update blog. Apatah lagi untuk menulis artikel. Kalau ada pon hanyalah ‘copy paste’. Berasa sungguh keletihan bila pulang dari sekolah ditambah kena keluar pula malam untuk urusan asrama. Kalau online pun sekadar jengok-jengok komen di blog, layan facebook dan  blogwalking. Malas sungguh rasa untuk update blog.

Begitulah kebiasaan pada awal tahun bagi. Banyak beban kerja yang perlu dibereskan. Berbanyak kemaafan kepada pengunjung-pengunjung blog ini kerana tiada entri baru yang menarik. Tapi jumlah pengunjung pada awal tahun ini amat menggalakkan berbanding baru ini. Kerana setiap hari lebih dari 100 pengunjung laman ini…alhamdulillah.

Mudah-mudahan dengan menerima cek dari Nuffnang jadi lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menulis dan berkarya di laman ini.Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada diri ini untuk terus mengemaskini blog ini dari masa ke semasa.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share