29 Disember, 2010

Tiga Sikap Yang Mengundang Kemurkaan Allah



AbuAqil aka AbuSakeena

Tiga perkara yang dilarang ini kebanyakannya dilakukan oleh ramai orang di sekeliling kita. Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya termasuk dalam perkara yang dimurkai oleh Allah SWT. Tiga larangan tersebut ialah berdasarkan hadis Nabi saw yang bermaksud :
Allah murka kepada kamu dengan tiga perkara iaitu :

(1) Suka qiila wa qaala (bergosip), (2) Banyak bertanya (3) Menyia-nyiakan harta”  ( Imam Muslim)


Apakah yang dimaksudkan dengan qiila qa qaal?.Imam al-Nawawi berpendapat : melibatkan diri dengan hal-ehwal orang ramai dan cerita-cerita yang tiada kaitan dengannya. Dalam Riyad al-Silihin dia berkata : maksudnya ialah bercakap apa sahaja yang didengarinya,padahal dia tidak mengetahui kesahihannya dan tidak pasti dengan kebenarannya.

Istilah yang kita guna hari ini ialah ‘gosip’, khabar angin atau berita yang tidak pasti kesahihannya. Ramai benar pada hari ini mereka yang gemar melibatkan diri dengan perkara ini. Buktinya rancangan tv yang menyiarkan tentang gosip artis mendapat sambutan ramai. Banyak juga blog-blog yang menghidangkan gosip-gosip seperti ini dan ternyata blog tersebut mendapat sambutan hangat. Itulah tabiat buruk orang kita. Suka ambil tahu perkara yang langsung tiada kaitan dengan dirinya. Lebih buruk bila dia menyebarkannya pula. Menceritakan semua perkara yang didengar merupakan satu pendustaan sebagaimana sabda Nabi saw :

Memadailah seseorang itu telah melakukan pendustaan bila dia bercakap apa sahaja yang didengarinya” ( Imam Muslim)

Bercakap perkara yang tidak pasti, lebih-lebih lagi mengenai keburukan seseorang amat keji dan termasuk dalam senarai perkara yang dimurkai oleh Allah SWT. Cubalah menghindarinya walaupun amat sukar kerana tabiat manusia suka sangat berita-berita khabar angin yang disebarkan. Membebaskan diri daripada perkara tersebut merupakan sikap terpuji yang perlu ada.

‘Banyak bertanya’ di sini bermaksud bertanya perkara yang tiada manfaat, sia-sia dan tidak mempunyai kebaikan. Ini juga termasuk perkara yang dimurkai oleh Allah.

Membazir harta juga perlu dihindari kerana setiap nikmat yang diperolehi akan dihisab. Bagaimana harta tersebut diperolehi dan bagaimana cara ia dibelanjakan.

Semoga Allah merahmati kita semua dan memberi petunjuk agar kita dapat menghindari ketiga-tiga larangan di atas.

1 comments:

jasonbob berkata...

nike off white
air max 95
supreme
golden goose
nike shox
lebron 16
birkin bag
golden goose
jordan shoes
supreme hoodie
xiaofang20191217

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share