25 Disember, 2010
Dijemput Maut di Lampu Isyarat
Maut tidak mengenal siapa,maut datang tanpa amaran, maut datang tidak kira di mana. Bila tiba ajal,tidak terlewat atau terawal walau sedetik pun dan tidak kira di mana berada, pasti akan menemuinya. Begitulah ketentuan Allah. Sentiasalah bertakwa kepada Allah agar mati dalam keadaan taat kepada Allah….AbuAqil
---------------------------
IPOH: Misteri sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti dan tidak bergerak di satu persimpangan lampu isyarat di sini, semalam menimbulkan tanda tanya orang ramai yang menggunakan laluan itu sebelum mendapati seorang lelaki terbaring kaku tidak bernyawa di tempat duduk pemandu kenderaan itu.
Sebelum kejadian, orang ramai yang menggunakan laluan itu curiga apabila mendapati kereta berkenaan tidak bergerak walaupun lampu isyarat sudah bertukar hijau beberapa kali.
Sebaik menjenguk ke dalam kereta, beberapa pengguna jalan raya mendapati mangsa sudah tidak bernyawa sebelum menghubungi polis.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi di Jalan SP Seenivasagam berdekatan Perpustakaan Tun Razak itu, seorang penyelia teknikal sebuah syarikat telekomunikasi tempatan ditemui meninggal dunia di tempat duduk pemandu kereta Perodua Kancil dipandunya dipercayai akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Jelapang.
Mangsa, Abdul Halim Udin, 55, dari Kampung Tersusun Sengat, Kampung Kepayang adalah penyelia teknik Telekom Malaysia Berhad (TM) berpejabat di Jelapang, di sini.
0 comments:
Catat Ulasan