Abd. Ghafar Mahmud menunjukkan laporan Pengumuman Keputusan Penilaian Menengah Rendah di Putrajaya, semalam |
24 Disember, 2010
30,863 calon dapat A semua subjek
PUTRAJAYA 23 Dis. - Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan seramai 30,863 pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud ketika mengumumkan keputusan itu berkata, jumlah pelajar yang mendapat semua A meningkat sebanyak 2,675 orang atau 0.65 peratus berbanding 28,188 orang pada tahun lalu.
''Bilangan calon yang mendapat semua E pula menurun daripada 397 orang pada tahun 2009 kepada 386 orang pada tahun ini.
''Keputusan PMR secara keseluruhannya telah menunjukkan peningkatan dengan Gred Purata Nasional (GPN) yang bertambah baik iaitu daripada 2.78 pada tahun 2009 kepada 2.74 pada tahun ini," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Seramai 479,675 orang calon telah menduduki PMR tahun ini dengan 93.17 peratus daripada mereka terdiri daripada calon sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran.
Abd. Ghafar berkata, jurang keputusan PMR di kawasan luar bandar dengan kawasan bandar semakin rapat dengan lebih ramai calon luar bandar mendapat A dalam semua mata pelajaran.
''Seramai 5,825 pelajar luar bandar telah mendapat A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini berbanding 4,775 orang pada tahun lalu," katanya.
Bagaimanapun katanya, pencapaian calon istimewa menurun sedikit dari segi bilangan yang mendapat semua A dan minimum semua D.
''Sebanyak lima calon istimewa mendapat A dalam semua mata pelajaran tahun ini berbanding tujuh orang pada tahun lalu," katanya.
Beliau berkata, Kementerian Pelajaran buat kali kedua memperkenalkan Pendidikan
Kesenian dalam empat bidang iaitu tari, muzik, teater dan seni visual di Sekolah Seni, Johor Bahru dan Sekolah Seni, Kuching.
''Kesemua mata pelajaran dalam Pendidikan Kesenian telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang.
''Bidang Tari menunjukkan pencapaian tertinggi dari segi peratusan calon yang mendapat gred tertinggi iaitu Band 4," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan