23 November, 2010

Ucapan Yang Paling Dibenci Oleh Allah SWT




Pernah tak anda mendengar ucapan seseorang yang diberi teguran atau nasihat dengan memberi jawapan  ‘suka hati akulah nak buat apa pun!’, tak payah nak jaga tepi kain orang!, kau jagalah diri engkau sendiri, tak payah nak menyibuk! Atau yang seumpamanya?

Ungkapan-ungkapan yang menolak nasihat atau teguran seperti ini sebenarnya amat dibenci oleh Allah. Kata-kata itu terpacul keluar disebabkan rasa ego, sombong, keras kepala dan degil. Sifat ini juga akan mengundang kemurkaan Allah.

Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang bermaksud :


Dan sesungguhnya ucapan yang paling dibenci oleh Allah ialah seseorang yang mengatakan kepada orang lain yang menasihatinya, ‘Bertakwalah kamu kepada Allah.’ dengan ungkapan, ‘Uruskan urusan dirimu sendiri’.” ( an-Nasa’i dan al-Baihaqi, disahihkan sanadnya oleh al-Albani]

Oleh yang demikian berhati-hatilah bila ingin berkata sesuatu terutama bila seseorang mengajak kepada kebaikan atau melarang  dari melakukan kemungkaran. Terimalah dengan hati yang terbuka atau jawablah dengan jawapan yang lunak seperti ‘ terima kasih kerana tolong mengingatkan saya’, ‘ insya Allah saya akan berubah’ atau ucapan-ucapan positif yang lain.

Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua dan membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.

3 comments:

Abu berkata...

Info yang sangan menafaat

angelfishy3995 berkata...

ustz,mcm mna kalau org 2 kita tgur,tp dia xnk trima nsihat 2 n kta "awk xlyak tgur sy"??

Biskut Tiger berkata...

mohon share di PAGE saya di FB . hrap dpt like n share ilmu brsame lah . search : Islam Forever . pr0f pic gmbr al quran , background colour biru . :)

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share