06 November, 2010

Manusia Paling Dibenci Oleh Allah SWT




AbuAqil Adnan

Dalam kehidupan seharian dan pergaulan sesama insan kadang-kadang kita terlibat dengan perdebatan atau perbincangan mengenai sesuatu perkara. 

Sekiranya anda seorang yang suka berdebat atau berbahas maka berhati-hatilah kerana anda mungkin termasuk dalam golongan yang paling dibenci oleh Allah. Iaitu golongan yang melampau-lampau dalam perdebatan, keras kepala, tidak mengalah serta tidak dapat menerima kebenaran. Dia tetap dengan hujahnya yang dangkal dan sentiasa berusaha untuk menegakkan benang yang basah. 

 Sikap seperti ini perlu dihindari kerana terdapat ancaman dari Rasulullah saw yang bermaksud :

 “Manusia yang palingi dibenci oleh Allah SWT ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya setiap perdebatan, perbincangan atau perbahasan mempunyai kebaikan sekiranya kedua-dua pihak mengikhlaskan diri untuk mencari titik kebenaran serta berlapang dada dengan hujah kebenaran dari pihak lawan.

Sikap negatif ini perlu dihindari oleh kita semua sama ada sebagai seorang ketua keluarga, majikan, pemerintah, ulama dan sebagainya agar tidak  termasuk dalam golongan yang dibenci oleh Allah SWT.

Sekiranya perdebatan itu boleh membawa kepada ketegangan dan perbalahan maka lebih baik mengundurkan diri kerana ini adalah sifat terpuji dan dibalas syurga oleh Allah kelak sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud :

"aku adalah penjamin sebuah rumah di syurga yang paling rendah yang disediakan kepada orang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia berada dalam kebenaran”. ( Abu Daud dengan sanad hasan)

Semoga Allah merahmati kita semua dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share