27 Oktober, 2010

Siapa Kata Dosamu Tidak Diampunkan




AbuAqil

Sebagai seorang insan yang lemah, kita tidak mampu untuk mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh mengundang dosa. Namun ketahuilah sesungguhnya keampunan di sisi Allah lebih luas daripada kemurkaanNya untuk hamba-hambaNya.

Tiada siapa pun berhak mengatakan kepada orang lain ungkapan “bahawa dosa kamu tidak akan diampunkan” walau sebesar mana pun dosa dilakukan. Dengan syarat dia tidak melakukan sesuatu amalan syirik kepada Allah SWT. sabda Rasulullah saw dalam satu hadis qudsi yang bermaksud :

 Allah ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam! Seandainya kamu datang kepadaKu dengan membawa dosa hampir memenuhi ruang bumi lalu kamu menemuiKu dalam keadaan tidak mempersekutukanKu dengan sesuatu apapun, nescaya Aku pun akan mendatangimu dengan keampunan sebesar itu juga.” ( al-Tirmizi, dan dia menghasankannya)

Antara pengajaran dari hadis ini ialah :

1.  Tauhid merupakan syarat utama seseorang itu mendapat keampunan Allah SWT.

2. Rahmat dan kasih sayang Allah mengatasi kemurkaannya bila dijauhkan perbuatan syirik.

3. Galakan memohon keampunan Allah tanpa berputus asa walau pun terlalu banyak melakukan dosa.

4. Menjauhi semua perkataan, amalan dan kepercayaan yang boleh membawa kepada mempersekutukan 
Allah.

5. Dosa yang paling berbahaya yang perlu dijauhi dan tidak berpeluang mendapat keampunan Allah ialah syirik.

Oleh yang demikian kita hendaklah mentauhidkan Allah SWT dan membersihkan hati daripada sebarang unsur syirik serta sentiasa memohon keampunan Allah tanpa berputus asa. Semoga Allah merahmati kita semua dan memimpin kita ke jalan yang diredaiNya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share