23 Oktober, 2010

Perkara Yang Disukai Oleh Allah SWT




AbuAqil

Kebanyakan manusia mengambil berat perihal orang yang diminatinya sehingga mengetahui semua perkara yang disukai dan dibenci oleh pujaannya itu.  Namun adakah kita mengetahui perkara-perkara yang disukai oleh Allah SWT, Pencipta dan pemberi pelbagai kenikmatan kepada kita?

Artikel ini  akan membincangkan beberapa perkara yang disukai oleh Allah SWT untuk pengetahuan kita semua. mudah-mudahan setelah mengetahui perkara yang disukai oleh Allah, kita dapat melaksanakannya untuk mendapat kasih sayang Allah dan keredaanNya.

Antara perkara-perkara yang disukai oleh Allah SWT ialah:

1. Solat pada awal waktu, Berbuat baik kepada ibubapa, dan jihad.

Sabda Rasulullah saw : “Perkara yang paling disukai oleh Allah ialah solat pada awal waktu, kemudian berbuat baik kepada ibubapa kemudian berjihad pada jalan Allah”. ( Muttafaq alaih)

2.  Beriman kepada Allah, Menghubungkan silaturahim. menyuruh kepada kebaikan dan mencegah  kemungkaran.

Sabda Rasulullah saw : “Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah beriman kepada Allah, Menghubungkan silaturahim,  menyuruh kepada kebaikan dan mencegah  kemungkaran.”. ( Riwayat Abu Ya’la, dihasankan oleh al-Albaniy)

3. Istiqamah melakukan amal soleh walapun sedikit.

Sabda Rasulullah saw : “Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah berterusan walaupun sedikit” ( Muttafaq alaih)

4. Lidah yang sentiasa berzikir

Sabda Rasulullah saw : “Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah kamu mati dalam keadaan lisan sentiasa basah mengingati Allah”. ( Riwayat al-Tabaraniy, dihasankan oleh al-Albaniy)

5. Menyatakan kebenaran di depan pemerintah yang zalim

Sabda Rasulullah saw : “ Jihad yang paling disukai oleh Allah ialah kalimah haq yang ditegakkan di depan pemerintah yang zalim”. ( Riwayat al-Tabaraniy, dihasankan oleh al-Albaniy)

6. Benar dalam percakapan

Sabda Rasulullah saw : “Ucapan yang paling disukai ialah yang paling benar”. ( Imam al-Bukhari)

7. Solat dan puasa Nabi Dawud a.s

Sabda Rasulullah saw : “ Puasa yang paling disukai oleh Allah ialah puasa nadi Dawud, berpuasa sehari dan berbuka sehari. Solat yang paling disukai oleh Allah solat Nabi Dawud, adalah dia tidur sebahagian malam, beribadat satu pertiganya dan tidur satu perenamnya”. ( muttafaq alaih)

8. Ucapan ‘subhanallahi wa bihamdih

Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya ucapan yang paling dicintai oleh Allah adalah ‘Subhanallahi wa bihamdih’ (Maha suci Allah dan dengan memuji kepada-Nya).” (Imam Muslim)

9. Ucapan Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaaha illallaah, dan Allaahu akbar

Rasulullah saw bersabda, “Ucapan yang paling dicintai Allah ada empat; Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaaha illallaah, dan Allaahu akbar. Tidak mengapa perkataan yang mana satu mana kamu mulakan” ( Imam  Muslim)

10. Nama Abdullah dan Abdul rahman

Rasulullah saw bersabda, “Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman” ( Imam  Muslim)

11. Masjid

Rasulullah saw bersabda, “Tempat yang paling disukai oleh Allah ialah masjid-masjid dan tempat yang paling dibenci ialah pasar-pasar”( Imam  Muslim)

12. Makanan yang dimakan oleh ramai orang

Rasulullah saw bersabda, “Makanan yang paling disukai oleh Allah ialah yang banyak tangan-tangan padanya” ( Ibn Hibban, dihasankan oleh al-Albaniy)

13. Berakhlak mulia

Rasulullah saw bersabda, “Hamba yang paling dicintai oleh Allah ialah yang paling baik akhlak mereka” ( al-Tabaraniy, disahihkan oleh al-Albaniy)

Demikian sebahagian perkara yang disukai oleh Allah yang sempat dikumpulkan Semoga Allah merahmati dan membimbing kita agar dapat mengamalkan semua perkara yang disukai oleh Allah SWT.

4 comments:

nurun najwa berkata...

ustaz
no 12 tuu pe ? tk paham lah

abuaqil berkata...

nurun najwa....yg tu bermaksud makanan yg dimakan secara berjamaah,ramai2 lbh allah sukai dan berkat

erismas berkata...

the things Allah like about his slave..

Tanpa Nama berkata...

syukran ya allah

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share