12 Oktober, 2010

Alhamdulillah…Terlepas Semua Beban yang Dipikul




AbuAqil

Hari ini merupakan hari yang paling mendebarkan ustaz dan semua anak didik kerana mereka akan menduduki  kertas Bahasa Arab PMR 2010.  Segala penat lelah dan usaha selama ini akan diterjemahkan selama dua jam tiga puluh minit.

Sebelum mereka masuk ke dewan peperiksaan, ustaz sempat memberi motivasi dan kata-kata perangsang untuk meringankan tekanan para pelajar diikuti dengan doa dengan penuh khusyuk dan mengharapkan bantuan Allah SWT.

Antara kata-kata ustaz ialah :” Saat yang paling mengembirakan anda ialah bila anda melihat kertas soalan nanti kerana sangat mudah dan anda mampu menjawabnya semua sekali dengan baik”. 


Ustaz menambah : "Bayangkan senyum lebar yang akan anda pamerkan bila keluar dewan peperiksaan nanti kerana kepuasan menjawabnya".

Ustaz yakin dan berani  berkata demikian kerana usaha dan ikhtiar yang dilakukan selama ini amat mantap dan meyakinkan.

Ustaz sebenarnya amat berdebar di luar peperiksaan pada awal-awal berlangsungnya peperiksaan. Setelah melihat keadaan para pelajar yang ‘sibuk’ menjawab sehingga tidak mengangkat kepala, perasaan girang dan gembira kerana ustaz yakin kata-kata ustaz tadi telah menjadi kenyataan.
Alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah.

Segala puji  hanya untukmu ya Allah kerana memakbulkan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan  Penyayang.

Namun demikian hati ustaz masih berdebar sepanjang 2 jam 30 minit sehingga para pelajar semua keluar dalam keadaan tersenyum lebar, gembira, menjerit dan ingin memberitahu bermacam-macam kepada ustaz kerana terlalu teruja dengan kemampuan mereka menjawab soalan tadi. Barulah ustaz rasa senang hati dan amat gembira.

Namun terdapat seorang pelajar yang berdukacita dan menangis disebabkan tidak puas hati dengan apa yang dijawab. Wallahu a’lam . Semoga Allah menjadikannya seorang yang tabah dan sabar menghadapi ujian kehidupan.

Selesailah tugas ustaz terhadap anda semua.  Terasa sungguh lega dan lapang dada. Beban berat yang dipikul telah hilang pada hari ini.

Mudah-mudahan keputusan nanti akan mengembirakan anda dan ibubapa anda. Jangan berhenti berdoa. Jangan lupa diri. Jangan derhaka kepada Allah. Perjuangan anda belum selesai. Bersama menunggu keputusannya kelak.



0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share