26 Ogos, 2011

Adab-adab Berhari Raya Mengikut Sunnah




Sebagai persiapan untuk menyambut hari raya, di sini dinyatakan adab-adab yang menepati sunnah Nabi saw agar kita semua bukan sahaja dapat bergembira malah dapat juga beramal soleh dan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a. - "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Hari raya yang khusus bagi orang Islam. Orang Islam tidak ada perayaan lain selain dari Hari rayaul-Fitr dan Hari rayaul-Adha. Anas.r.h. berkata:

"Nabi saw datang ke Madinah, orang-orang Madinah biasa mengadakan 2 pesta/perayaan. Dikedua perayaan itu mereka ada permainan/pesta. Kata beliau (Nabi saw bertanyakan kaum Ansar mengenainya.) Apakah itu dua hari? Mereka menjawab : kami biasa bermain/pesta dimasa zaman Jahiliyyah dahulu lagi. Nabi saw memberitahu mereka :'Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan didalamnya, iaitu hari Hari rayaul-Fitr dan hari Hari rayaul-Adha."  Riwayat Abu Daud, 1134.


Kedua-dua Hari raya ini adalah diantara syiar Allah, dimana kita harus mengambil berat dan memahami objektifnya.

 Dibawah ini akan dinyatakan adab dan peraturan Hari raya.

Peraturan Hari raya (أحكام العيد )

1. Haram berpuasa  pada hari Hari raya kerana dari Hadis Abu Sa'ed Al-Khudri r.a., dimana Rasulullah saw telah melarang berpuasa satu hari didalam Hari raya Fitr dan satu hari didalam Hari raya Adha. (Riwayat Muslim, 827).

 2. Melakukan solat Hari raya : Beberapa ulama' mengatakan bahawa Solat Hari raya ini hukumnya wajib - Ini adalah pandangan ulama'-ulama' kalangan Hanafi dan juga Sheikh al-Islam Ibn Taimiyah. Beberapa ulama-ulama yang lain pula mengatakan bahawa Solat Hari raya ini hukumnya Fardu Kifayah. Ini adalah pandangan Mazhab Hanbali. Kumpulan ketiga pula mengatakan hukum solat Hari raya ialah Sunat Mu'akkad. Ini adalah pandangan mazhab Maliki dan Shafie.

3. Tiada solat Sunat mengiringi solat Raya: Tidak terdapat Solat Sunat sebelum atau sesudah Solat Hari raya yang boleh dilakukan, sebagaimana yang dilaporkan oleh Ibnu Abbas bahawa Nabi saw biasanya akan keluar dihari Hari raya dan bersolat 2 rakaat, tidak dilakukan apa-apa sebelum dan sesudahnya.

 Ini didalam hal solat dilakukan dikawasan terbuka. Walaubagaimana pun, bagi mereka yang bersolat Hari raya dimasjid, maka mereka seharusnya bersolat 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid sebelum duduk.

4. Wanita juga menyertai Solat Hari raya : Menurut sunnah Nabi saw, setiap orang digalakkan menghadiri Solat Hari raya, dan berkerjasama diantara satu sama lain.

Adab-adab Hari raya (آداب العيد)

1. Mandi (الاغتسال): ia merupakan salah satu dari adab yang baik sebelum keluar bersolat. Ia telah dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Hari raya: berjalan kaki (ke tmpat solat), mandi, dan makan sebelum keluar (jika ianya Hari rayaul-Fitr)
 

2. Makan sebelum keluar (الأكل قبل الخروج ): Seseorang janganlah hendaknya pergi ke tempat Solat pada hari Hari raya aidil Fitri sebelum makan beberapa tamar, kerana diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Hari raya aidil Fitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan beliau akan makan bilangan ganjil".

3. Bertakbir pada hari Hari raya (التكبير يوم العيد ): Ini merupakan sunnah yang terbesar pada hari tersebut. Al-Daraqutni dan lain meriwayatkan bahawa Ibnu Umar semasa keluar pada hari Hari rayaul-Fitr dan Hari rayaul-Adha akan sedaya-upaya melakukan Takbir sehingga tiba ke tempat Solat, kemudian ia akan meneruskannya sehingga Imam tiba.
4. Mengucapkan tahniah (التهنئة): Orang Islam boleh mengucapkan tahniah dan ucapan-ucapan yang baik dihari Hari raya, tidak kira apa bentuk ucapan sekalipun. Misalnya mereka boleh mengucap diantara satu sama lain ucapan :"Taqabbal Allahu minnaa wa minkum" - Semoga Allah menerima amalan baik dari kami dan dari kamu atau Hari raya Mubarak {تقبل الله منا ومنكم أو عيد مبارك }. Di riwayatkan oleh Ibnu Hajar dengan ucapan : "Taqabbal minnaa wa minka" - semoga diterima amalan dari kamu dan dari kamu {تُقُبِّل منا ومنك . ابن حجر إسناده حسن }.
5. Memakai baju yang baik/cantik untuk Hari raya. Dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Hari raya dan hari Jumaat" 

Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Ibnu Umar biasanya memakai pakaian yang baik pada hari Hari raya, jadi kaum lelaki haruslah memakai baju yang baik yang mereka miliki apabila keluar untuk Hari raya
6. Menggunakan jalan yang berlainan apabila pulang dari bersolat : Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Hari raya. (Riwayat Al-Bukhari).
Amaran kepada beberapa kemungkaran:

1. Ada setengah orang yang mengatakan bahawa Islam menyuruh kita berjaga malam dan bersolat dimalam Hari raya, merujuk kepada sepotong hadis yang tidak sahih "Sesiapa yang menghidupkan malam Hari raya, maka hatinya tidak akan mati dimasa pada hari matinya hati."
 
{أن من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب}

Hadis ini dilaporkan melalui 2 isnad, satunya ialah da'if, dan yang keduanya sangat Da'if. Islam tidak menyuruh kita menumpukan pada malam Hari raya untuk bersolat; tetapi jika memang menjadi kebisaan seseorang itu bangun malam untuk bersolat, maka tidaklah salah perbuatannya walaupun pada malam Hari raya {وأما من كان يقوم سائر الليالي فلا حرج أن يقوم في ليلة العيد }.

2. Bercampur diantara lelaki dan perempuan di beberapa tempat-tempat solat, jalanraya dan lain-lain (اختلاط النساء بالرجال في بعض المصليات والشوارع وغيرها ). Adalah sangat memalukan bahawa ini berlaku bukan sahaja di masjid, tetapi sehinggakan ditempat-tempat suci seperti di Masjidil Haram dsb. Kebanyakkan wanita - moga Allah memberi petunjuk keatas mereka (هداهن الله ) - keluar tanpa menutup aurat, memakai make-up dan minyak wangi, apabila terdapatnya kesesakkan di masjid - bahaya situasi ini bergitu terserlah.

Bagi sesiapa yang bertanggung jawab haruslah menguruskan solat Hari raya betul-betul, dengan menyediakan pintu yang berbeza dan jalan yang berbeza dan melambatkan kaum lelaki keluar sehingga kaum wanita telah meninggalkan tempat tersebut.

Sumber : Hari raya Adab dan amalan - ringkasan dari fatwa Sheikh Mohammad Saleh Munajjid  ( diterjemahkan oleh kamin)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share