19 Ogos, 2010

Untuk Renungan : Lucukan?



Lucu kan,  RM20 yang kita sedekahkah kepada masjid terasa amat besar tetapi tidak terasa apa-apa  bila kita belanjakannya di pasar.


Lucu kan, bila kita rasa amat lama untuk berzikir selama satu jam, tetapi kita merasa amat sekejap menyaksikan perlawanan bolasepak selama satu jam setengah.

Lucu kan, kita terasa amat lama duduk ittiqaf di masjid sejam dua, tetapi tidak rasa apa-apa untuk menonton filem yang panjang.


Lucu kan, kita tidak tahu apa yang nak didoakan, tetapi kita tidak ada masalah bersembang berjam-jam dengan kawan.



Lucu kan, kita naik semangat bila ada tambahan masa dalam perlawanan bolasepak , tetapi kita merungut bila sembahyang terawih panjang sedikit daripada biasa.


Lucu kan,  beratnya untuk membaca satu juzuk al-Quran,  tetapi dengan mudah kita membaca seratus muka surat novel kegemaran kita.

Lucu kan , kita berebut mendapatkan tempat duduk di depan dalam perlawanan bolasepak atau konsert tetapi kita selesa berada di saf belakang sembahyang jemaah supaya  senang kita keluar nanti.

Lucu kan, kita perlu buat temujanji dua tiga minggu untuk tetapkan program masjid tetapi kita boleh tetapkan  program lain serta merta.

Lucu kan, betapa sukarnya untuk mengeluarkan beberapa perkataan untuk mengajak kawan kepada kebaikan,  tetapi kita amat mudah  untuk mendengar dan menyebarkan gosip.

Lucu kan,  kita percaya bulat-bulat apa yang suratkhabar beritahu , tetapi kita mempersoalkan kebenaran   ayat-ayat al-Quran.


Lucu kan , semua orang hendak pergi ke syurga tanpa perlu beriman, berusaha atau berbuat sesuatu.


Lucu kan , bila kita hantar sebuah cerita kelakar melalui e-mail ianya tersebar dengan cepat, tetapi bila kita sampaikan satu dua ayat Allah,  ramai yang  keberatan untuk berkongsi maklumat.

LUCU KAN,

Tergelakkah anda ?  Berfikirkah anda? 

Segala pujian kepada Allah, tuhan yang maha pengasih dan penyayang.

Adaptasi daripada "Funny, isn't it?" oleh Sdri Zarina, www.johnw.host.sk

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share