08 Ogos, 2010
Persiapan Ramadan (3) : Perkara Harus Puasa
1. Memasuki Waktu Subuh Dalam Keadaan berhadas besar
Di antara perbuatan Rasulullah saw adalah masuk fajar dalam keadaan junub kerana jima' dengan isterinya, beliau mandi setelah fajar kemudian solat.
Dari Aisyah dan Ummu Salamah r.a :”Sesungguhnya Nabi saw memasuki waktu subuh dalam keadaan junub kerana jima' dengan isterinya, kemudian ia mandi dan berpuasa" [al-Bukhari dan Muslim]
2. Bersiwak ( menggosok gigi)
Rasululah bersabda :
"Artinya : Kalaulah tidak memberatkan umatku, nescaya aku suruh Mereka bersiwak setiap kali wuduk" [al-Bukhari dan Muslim].
Rasululah Saw tidak mengkhususkan bersiwak untuk orang yang puasa ataupun yang lainnya, hal ini sebagai dalil bahwa bersiwak itu diperuntukkan bagi orang yang puasa dan selainnya ketika wuduk dan shalat.
Demikian pula hal ini umum di seluruh waktu sebelum zawal (tergelincir
matahari) atau setelahnya.
3. Berkumur dan Istinsyaq ( memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya)
Kerana beliau Saw berkumur dan beristinsyaq dalam keadaan puasa, tetapi melarang orang yang berpuasa berlebihan ketika beristinsyaq.
Rasulullah saw bersabda :
"Artinya : apabila engkau memasukkan air ke dalam air maka bersungguh-sungguhlah kecuali engkau dalam keadaan puasa" (al-Tirmizi dan Abu Daud)
4. Bermesra dengan Isteri selain jima’
Aisyah r.a pernah berkata.
"Artinya : Adalah Rasululah saw pernah mencium dalam keadaan berpuasa dan bermesra dalam keadaan puasa, akan tetapi beliau adalah orang yang paling mampu menahan diri" [ al-Bukhari dan Muslim]
"Kami pernah berada di sisi Nabi saw datanglah seorang pemuda seraya berkata, "Ya Rasululah, bolehkah aku mencium dalam keadaan puasa ?" Beliau menjawab, "Tidak".
Datang pula seorang yang sudah tua dan dia berkata : "Ya. Rasulullah, bolehkah aku mencium dalam keadaan puasa ?". Beliau menjawab : "Ya" sebagian kami memandang kepada teman-temannya, maka Rasululah Sawbersabda : "Sesungguhnya orang tua itu (lebih bisa) menahan dirinya". [Imam Ahmad]
5. Mengeluarkan Darah dan Suntikan Yang Tidak Mengandung Makanan
Suntikan kerana perubatan atau sebagainya melalui urat atau kulit tidak membatalkan puasa walaupun bahan suntikan sampai ke perut kerana ia bukan melalui rongga biasa ke perut.
6. Berbekam
Dahulu berbekam merupakan salah satu perkara yang membatalkan puasa, namun kemudian
dihapus dan telah ada hadis sahih dari Nabi saw, bahawa beliau berbekam ketika puasa. Hal ini berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas :
"Artinya : Sesungguhnya Nabi Saw berbekam, padahal beliau sedang berpuasa" [ al-Bukhari]
7. Merasa Makanan
Hal ini dibatasi, iaitu selama tidak sampai di tenggorokan berdasarkan riwayat
dari Ibnu Abbas :
"Artinya : Tidak mengapa mencicipi sayur atau sesuatu yang lain dalam keadaan puasa, selama tidak sampai ke halkum" [al-Bukhari]
8. Bercelak dan menitik ubat ke dalam Mata
Benda-benda ini tidak membatalkan puasa, baik rasanya yang dirasakan di halkum atau tidak. Inilah yang dikuatkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam risalahnya yang bermanfaat dengan judul Haqiqatus Shiyam serta murid beliau yaitu Ibnul Qayim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, Imam bukhari berkata dalam sahihnya:
"Anas bin Malik, Hasan Al-Bashri dan Ibrahim An-Nakha'i memandang, tidak mengapa bagi yang berpuasa".
9. Mencurahkan Air ke Atas Kepala dan Mandi
Bukhari menyatakan dalam kitab Shahihnya 8 Bab : Mandinya Orang Yang Puasa, Umar membasahi 9 bajunya kemudian dia memakainya ketika dalam keadaan puasa. As-Sya'bi masuk kamar mandi dalam keadaan puasa. Al-Hasan berkata : "Tidak mengapa berkumur-kumur dan memakai air dingin dalam keadaan puasa".
Rasululah Saw mencurahkan air ke atas kepalanya dalam keadaan puasa kerana haus atau kepanasan. [ Abu Daud, Ahmad]
Rujukan
Kitab Sifat Puasa Nabi,Syaikh Salim bin Ied Al-Hilaaly dan Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid
0 comments:
Catat Ulasan