KUALA LUMPUR: “Anugerah ini adalah untuk kedua ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan motivasi,” demikian luahan pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah, Nur-rashidah Arifin, 25, yang dipilih pemenang Anugerah Pelajaran Diraja pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) ke-40, semalam.
Arifin, yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Banting, berkata beliau tidak mengenakan sebarang paksaan kepada anak sulungnya itu untuk membahagikan masa dalam pengajiannya.
“Saya tidak memaksa dia terlalu menumpukan kepada pengajian. Bila dia mahu menonton televisyen, atau berehat bersama rakan-rakannya, tidak menjadi masalah. Dia pandai mengatur sendiri (jadual) ulang kaji, mengikut keselesaannya.
“Begitu juga dengan adik-adiknya tiga orang, mereka juga bebas mengatur sendiri jadual harian mereka. Saya cuma nasihatkan mereka, agar melakukan yang terbaik untuk diri mereka, demi kehidupan masa depan mereka,” katanya.
Seorang lagi pemenang, Benjamin Ong Jia Ming, 23, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains (Ekologi dan Biodiversiti) menyifatkan pemilihannya sebagai penerima anugerah itu adalah sesuatu yang amat mengejutkan.
Katanya, anugerah itu memberikan suntikan semangat kepadanya untuk sentiasa berusaha memberikan yang terbaik, terutama untuk ibu bapanya, Ong Eng Guan dan Chew Peck See.
0 comments:
Catat Ulasan