18 Julai, 2010

Adab Pergaulan : Hindari Perkara yang Merenggangkan Hubungan



Islam amat menitik-beratkan soal perpaduan, ukhuwwah dan kasih sayang di antara hamba-hambaNya dan amat memusuhi sebarang permusuhan dan memutuskan silaturahim sesama mereka.
 Banyak hadis Nabi saw yang melarang keras kita melakukan perkara yang boleh menimbulkan merenggangkan hubungan silaturahim seperti dengki-mendengki, benci membenci, saling memfintah dan sebagainya. Antara hadis-hadis yang yang perlu diberi perhatian berkaitan perkara ini ialah :

Daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu saling membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. (Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir-menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila kedua-duanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara kedua-duanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam. (Bukhari & Muslim)
Semoga tiga hadis di atas ini dapat dijadikan panduan untuk kita berhati-hati dalam pergaulan sesama saudara kita agar tidak berlaku perkara yang boleh menimbulkan kekeruhan dan menimbulkan permusuhan.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share