12 Jun, 2010

Wajah-wajah Tidak Berdaging di Akhirat



Terdapat satu hadis yang menyatakan perihal satu golongan yang wajahnya tidak berdaging bila mengadap Allah di akhirat. siapakah mereka ini? Apakah amalan mereka?

Mereka ialah golongan yang semasa di dunia dulu tidak mempunyai maruah diri  dengan muka tidak tahu malu sebab gemar meminta-minta padahal mereka mempunyai kekuatan, tenaga dan boleh berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati. Sabda Rasulullah saw :

"Seseorang dari kalangan kamu yang akan selalu meminta-minta sehingga satu masa nanti dia bertemu dengan Allah dalam keadaan mukanya tidak berdaging," ( Imam al-Bukhari dan Muslim)


Rasulullah saw juga bersabda:

 "Barang siapa yang meminta-minta kepada sesama manusia dengan tujuan untuk memperbanyak kekayaannya,maka sesungguhnya ia meminta bara api.Terserah padanya apakah ia mengumpulkan sedikit saja atau akan memperbanyaknya." ( Imam Muslim)

Ternyata perbuatan suka meminta-minta secara melampau merupakan amalan keji dan mendatangkan akibat yang buruk. Terdapat banyak hadis yang menggalakkan umatnya berusaha dengan sendiri untuk mencari rezeki. Antaranya sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Sungguh salah seorang dari kalangan kamu pergi mencari kayu api dan dipikulkan ikatan kayu itu di belakangnya ,maka itu lebih baik baginya daripada meminta-minta dengan seseorang sama ada orang itu memberi ataupun tidak memberinya ( Imam Bukhari dan Muslim)

Elakkan daripada perbuatan suka meminta-minta dengan orang lain kecuali dalam keadaan terpaksa dan tiada keupayaan untuk memperolehinya melainkan dengan orang bantuan orang lain. Perbuatan suka mendapakan sesuatu dengan cara yang mudah tanpa berusaha akan mendatangkan akibat yang buruk iaitu kemurkaan Allah di akhirat dan dibangkitkan dalam keadaan wajah tidak berdaging...Nauzubillah.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share