Kerana terlalu marah, pelanggan terbabit memaki-hamun tukang gunting berkenaan sebelum keadaan menjadi tidak terkawal apabila kedua-duanya bergaduh.
Keadaan itu akhirnya dapat dileraikan oleh orang ramai yang berada di dalam kedai berkenaan. Sebagai ganti rugi, tukang gunting itu menawarkan supaya dia menggunting misainya sendiri dan berharap perasaan pelanggannya dapat ditenteramkan.
Bagaimanapun pelanggan terbabit enggan, sebaliknya menuntut tukang gunting itu membayar ganti rugi sebanyak RM4,400. Pertikaian itu berjaya diselesaikan apabila tukang gunting terbabit bersetuju.
Tukang gunting itu juga bersetuju memberi perkhidmatan secara percuma kepada pelanggan terbabit selagi dia ditinggal di kawasan berkenaan. - Agensi
0 comments:
Catat Ulasan