11 Jun, 2010

Rileks Kejap : Orang Kaya Yang Bakhil



Pak Usop seorang yang kaya tetapi  terkenal kedekut. Pada satu hari dia didatangi penghulu  kampung untuk memohon sumbangan bagi  membaiki surau.

Penghulu : Pak Usop, kami datang ni untuk meminta sumbangan bertujuan untuk membaiki surau di kampung kita ni. Memandangkan sebelum ini pak usop tidak pernah menderma kami harap kali ini dapat la pak usop menghulurkan sedikit bantuan.

Pak Usop : Penghulu tahu tak bahawa mak saya sakit yang memerlukan banyak kos perubatan?

Penghulu : saya tak tahu, maafkan saya.

Pak Usop : Penghulu tahu tak abang ipar saya meninggal dunia dan meninggalkan lima orang anak tanpa meninggalkan duit dan keperluan?

Penghulu : saya tak tahu, kalau begitu tak apalah.saya sangat-sangat  memohon maaf. Saya minta diri dulu ye.

Pak Usop : Eh nanti dulu. Dengar dulu cakap saya. Mereka pun saya tak pernah beri duit, ini pula nak bagi sumbangan untuk Penghulu.

Penghulu : ????

Moral :
Bersedekahlah untuk saham akhirat yang berkekalan. Tidak akan  jatuh miskin seseorang yang sentiasa bersedekah.








0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share