01 Jun, 2010

Polis Israel Dakwa Aktivis Flotilla Di Hantar Ke Penjara






31 Mei, Baitulmuqaddis – Polis Israel mengatakan 16 aktivis pro-Palestin dari kapal-kapal bantuan kemanusiaan yang telah di serang pada awal pagi Isnin lalu telah dihantar ke penjara selepas konfrontasi yang menyayatkan berlaku di perairan laut antarabangsa. 

Puluhan aktivis lain akan dihantar pulang ke negara asal.
Juru bicara polis Israel, Micky Rosenfeld mengatakan para aktivis dibawa ke darat dan dipenjara di gurun selatan bandar Bersyeba selepas enggan memberi butir pengenalalan  diri.

Komando Tentera Laut Israel telah menghentikan armada enam kapal tersebut pada awal pagi Isnin, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 meninggal dunia dan puluhan cedera.
Israel mengatakan akan mengusir kira-kira 700 aktivis dalam armada tersebut. Tetapi orang-orang yang menolak untuk bekerjasama akan dipenjara. Sekitar 80 aktivis telah dibawa ke pantai setakat ini. (AP / Haaretz / HP)

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share