10 Mei, 2010

Pentaksiran Bahasa Arab : Pelajar Kurang Yakin Bercakap Bahasa Arab





Hari ini merupakan hari terakhir untuk pelajar tampil untuk memperbaiki markah ujian lisan bahagian B( perbualan dan bina ayat berdasarkan gambar.

Kelemahan utama pelajar ialah kurang keyakinan diri untuk bertutur dalam Bahasa Arab. Ini disebabkan mereka tidak memahami soalan yang ditanya menyebabkan mereka hilang tumpuan dan mula bercakap dalam Bahasa Melayu sedangkan ia adalah dilarang. Ini menyebabkan mereka kehilangan markah yang banyak bahagian hiwar(perbualan)

Namun demikian syabas diucapkan kepada beberapa orang pelajar yang begitu ghairah untuk mendapatkan markah penuh iaitu 30 markah. Walau pun mereka telah mendapat 29 markah namun tetap meminta untuk dibuat berkali-kali agar mendapat markah penuh. Tahniah di atas keghairahan anda untuk mencapai markah maksimum. Pelajar yang layak mendapat markah penuh ialah Nik Fatin Insyirah bt Nik Man, Nurul Ain bt Che Din, Anis Fazira bt Mazlan dan Ainza Suzila bt Ramzi.

Kepada pelajar-pelajar yang lain jangan berputus asa. Peluang masih diberi sekiranya anda benar-benar berkeinginan untuk memperbaiki markah anda. Pentaksiran untuk bahagian A akan dijalankan sekali lagi memandangkan ramai pelajar yang mendapat markah rendah dan kurang memuaskan.
Buatlah persiapan dengan sebaik mungkin agar anda semua mendapat markah yang terbaik dalam pentaksiran Bahasa Arab ini.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

...SYUKRAN USTAZ, SOALAN2 YG DH ANA AMBIL HALALKAN...MG BMANFAAT UTK ANAK2 BANGSA KITA!

Unknown berkata...

Aslmkm.. ade x contoh soalan ujian lisan b.arab utk spm?

Unknown berkata...

Aslmkm.. ade x contoh soalan ujian lisan b.arab utk spm?

Unknown berkata...

Aslmkm.. ade x contoh soalan ujian lisan b.arab utk spm?

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share