30 Mei, 2010

Nabi Diganggu Iblis Ketika Solat





Abu Darda radhiallahu 'anh menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bangun untuk bersolat, lalu ketika sedang solat, baginda berkata:

 “Aku berlindung kepada Allah dari engkau!”. Kemudian baginda berkata:
 “Aku melaknat engkau dengan laknat Allah!” sebanyak tiga kali,

sambil menghulurkan tangan seolah-olah ingin menangkap sesuatu.

Apabila baginda selesai solat, kami bertanya:“Wahai Rasulullah! Kami mendengar kamu berkata dalam solat sesuatu yang tidak pernah kami dengar kamu memperkatakannya
(ketika sedang solat) dan kami melihat kamu menghulurkan tangan.”


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab:

Sesungguhnya musuh Allah, yakni iblis, datang dengan membawa api untuk dilemparkan ke muka aku. Maka aku mengucap: “Aku berlindung kepada Allah dari engkau!” tiga kali. Kemudian aku mengucap: “Aku melaknat engkau dengan laknat Allah!” akan tetapi dia tidak mengundur diri. Kemudian aku bermaksud untuk menangkapnya. Demi Allah! Jika bukanlah kerana doa saudara kami Sulaiman nescaya ia akan terikat sehingga pagi dan dijadikan mainan anak-anak warga Madinah.( Riwayat Imam Muslim)

Pengajaran :

1- Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk mengganggu ibadat manusia termasuk dalam solat.

2- Syaitan adalah satu makhluk yang boleh ditangkap, dikurung dan diikat. Rasulullah saw tidak menangkapnya kerana teringatkan doa Nabi Sulaiman a.s yang memohon kepada Allah agar hanya dirinya sahaja yang dapat menguasai jin.

3. Syaitan makhluk yang lemah dan manusia boleh terselamat daripada gangguannya dengan bantuan Allah swt.

4. Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada gangguan syaitan.


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share