21 Mei, 2010

Kekayaan Yang Sebenar Ialah Kaya Jiwa





Kebanyakan manusia menganggap orang kaya sentiasa bahagia, gembira dan mempunyai jiwang yang tenang. Kebenarannya tidak sedemikian kerana betapa ramai mereka yang bergelar juwatan dan hartawan yang asyik dirundung ketakutan , kebimbangan dan jiwanya sentiasa tertekan. Ini disebabkan keinginannya dan nafsunya untuk menambahkan harta dan bimbang harta yang dimiliki akan berkurangan.

Kekayaan seperti ini sebenarnya bukanlah kekayaan yang sebenar. Kerana sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Kekayaan yang sebenar bukanlah kemewahan harta. Tetapi ia adalah kaya jiwa( merasa cukup dengan apa yang ada.” ( Imam al-Bukhari dan Muslim)


Penerangan Rasulullah menafikan salah tanggapan kita tentang hakikat kekayaan. Golongan yang tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada dan sentiasa tamak dan haloba terhadap harta dan kekayaan.Golongan ini sebenarnya ialah fakir dan miskin. Kerana jiwa mereka sentiasa miskin dan fakir tehadap kemewahan yang lain walaupun mereka telah mempunyai segala-galanya. Fikiran mereka sentiasa kusut dan tidak tenang kerana berfikir untuk menambahkan kekayaan.

Ibnu Hajar Al Asqolani rahimahullah menerangkan pula, “Orang yang bersifat dengan kaya jiwa adalah orang yang selalu qona’ah (merasa puas) dengan rezeki yang Allah berikan. Ia tidak begitu tamak untuk menambahnya tanpa ada keperluan. Mereka reda danpasrah dengan apa yang tentukan oleh Allah.

An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Kaya yang terpuji adalah kaya hati, hati yang selalu merasa puas dan tidak tamak dalam mencari kemewahan dunia. Kaya yang terpuji bukanlah dengan banyaknya harta dan terus menerus ingin menambah dan terus menambah. Karena barangsiapa yang terus mencari dalam rangka untuk menambah, ia tentu tidak pernah merasa puas. Sebenarnya ia bukanlah orang yang kaya hati.”[2]

Namun ini bukan beerti kita tidak boleh kaya harta, namun yang tercela adalah tidak pernah merasa cukup
dan puas (qona’ah) dengan apa yang Allah berikan. Padahal sungguh beruntung orang yang punya sifat qona’ah.

 Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sungguh sangat beruntung orang yang telah masuk Islam, diberikan rezeki yang cukup dan Allah menjadikannya merasa puas dengan apa yang diberikan kepadanya.” (HR. Muslim no. 1054)

Sifat qona’ah dan selalu merasa cukup itulah yang selalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam minta pada Allah dalam do’anya. Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,

أنَّ النبيَّ - صلى الله عليه وسلم - كَانَ يقول : (( اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى ، والتُّقَى ، والعَفَافَ ، والغِنَى

Ya Allah, aku meminta pada-Mu petunjuk, ketakwaan, diberikan sifat ‘afaf dan ghina).” (HR. Muslim no. 2721.

An Nawawi –rahimahullah- mengatakan, “”Afaf dan ‘iffah bermakna menjauhkan dan menahan diri dari hal yang tidak diperbolehkan. Sedangkan al ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu pada apa yang ada di sisi orang lain.”

Semoga Allah mengurniakan sifat berasa cukup dan reda dengan apa yang dikurniakannya dan dijauhkan daripada sifat tamak dan tidak pernah berasa puas dengan apa yang ada.

Disunting dari sumber : www.rumasyho.com

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share