18 Mei, 2010

Ibu bayi, teman lelaki mengaku salah kebumikan mayat bayi





Cerita-cerita tentang pembuangan bayi terus dipaparkan hampir setiap hari di dada-dada akhbar. Terbaru berita seorang pelajar dengan teman lelakinya cuba menyembunyikan kelahiran dan mengebumikan mayat seorang bayi di tepi sungai. Allah telah mendedahkan perbuatan terkutuk mereka ini walaupun mereka cuba untuk menyembunyikannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Pada hari ini mereka telah mengaku bersalah setelah kesnya dibaca di mahkamah majistret Melaka. Berita lengkapnya ialah :
--------------------------------------------
MELAKA 18 Mei – Dua pelajar iaitu ibu bayi dan teman lelakinya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Melaka hari ini atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dan mengebumikan mayat seorang bayi lelaki di tepi sungai di Taman Melaka Baru, Batu Berendam pada Rabu lepas.


Ibu bayi itu, seorang pelajar berusia 15 tahun, dari Durian Tunggal, Alor Gajah dan teman lelakinya, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru, di sini telah dituduh bersama-sama melakukannya di antara pukul 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari pada 12 Mei lepas.

Kedua-dua tertuduh yang bertubuh kecil didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama iaitu jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pelajar perempuan itu yang kelihatan menggigil di mahkamah, memakai dua lapis kemeja-T dan menutup mukanya dengan sehelai tuala manakala pelajar lelaki pula memakai kemeja-T berwarna cerah dan berseluar gelap.
Muhammad Safiuddin berada dalam kandang tertuduh, manakala pelajar perempuan itu berada di luar kandang sewaktu jurubahasa membaca pertuduhan di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail.

Muhamad Faizal menetapkan kedua-dua tertuduh dikenakan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jun depan untuk laporan sosial dan laporan akhlak disediakan oleh pihak pendakwaan sebelum dijatuhi hukuman. – Bernama

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share