31 Mei, 2010

Doa Bila Mengalami Kesulitan



Dalam kehidupan seharian kita tidak dapat lari dari masalah. Kadang-kadang kita terpaksa berdepan dengan kesulitan, kesusahan atau masalah yang sukar untuk diselesaikan menyebabkan kita menghadapi tekanan perasaan.

Doa kali ini ialah petunjuk Rasulullah saw bila berdepan dengan sebarang kesulitan. Mudah-mudahan doa ini akan membantu kita menyelesaikan pelbagai kesulitan yang dihadapi dengan izin Allah SWT. Doanya ialah :

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً.


Maksud :Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya mudah. Dan Engkau yang menjadikan kesedihan itu ( lenyap) apabila Engkau hendak menjadikannya mudah” ( Riwayat Ibn Hibban

Doa ini juga amat sesuai diamalkan oleh setiap pelajar yang menghadapi kesulitan ketika menjawab soalan di dalam peperiksaan. Amalkan doa ini setiap kali anda  bila berdepan dengan kesulitan. Semoga sunnah Nabi saw ini akan memberikan kebaikan untuk kehidupan dunia dan akhirat kita.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share