30 April, 2010

Tips Membeli Laptop




Apa yang anda perlu tahu sekiranya anda ingin membeli laptop?

Sebelum membeli laptop, anda perlu menggolongkan diri anda supaya anda tahu laptop jenis apa yang sebenarnya anda perlukan. Pengguna laptop secara umumnya boleh dibahagikan kepada 3 bahagian:
1. Mobiliti (mudah dibawa ke mana-mana)
2. Kegunaan ringan (untuk membuat kerja-kerja pejabat, kerja rumah dan melayari internet)
3. Kegunaan berat (pengaturcaraan, multimedia, animasi dan game)


Mobiliti

Selalunya pengguna mobiliti terdiri daripada mereka yang selalu menggunakan laptop di luar kawasan, seperti pekerja pemasaran, jualan dan pelajar universiti. Untuk penggunaan seperti ini, ciri-ciri yang sepatutnya ada pada laptop anda adalah:
• Laptop bersaiz dan berat yang sederhana, antara 1kg hingga 2.5kg
• Saiz skrin 12-14 inci, jenis crystal bright untuk memudahkan paparan skrin pada cuaca yang tidak menentu
• Memori antara 1GB hingga 3GB bergantung pada penggunaan
• Elakkan beg laptop sandang sebelah bahu (kurang mobiliti, mudah dikesan oleh peragut)
• Menggunakan pemproses Intel Centrino (mengurangkan suhu panas laptop)
• Tempoh operasi bateri yang lama tanpa dicas
• Jenama disyorkan: ASUS, ACER, Lenovo, Apple

Penggunaan ringan

Selalunya pengguna jenis ini hanya menggunakan laptop pada waktu-waktu dan fungsi-fungsi kecil seperti melayari internet, membuat dokumentasi dan mendengar lagu. Ciri-ciri yang sepatutnya ada pada laptop anda adalah:
• Laptop bersaiz sederhana besar, antara 2kg hingga 3kg
• Tempoh jangka hayat bateri yang lama kerana selalunya pengguna ini akan menggunakan laptop dalam keadaan bateri dicas
• Memori antara 1GB hingga 2GB bergantung pada penggunaan
• Menggunakan prosessor 1 teras (Intel Atom, Pentium D, AMD)
• Jenama/jenis disyorkan: Netbook, Compaq, BenQ, Toshiba

Penggunaan berat

Selalunya pengguna jenis ini adalah pengguna laptop yang ekstrem dan mahir. Ciri-ciri yang sepatutnya ada pada laptop anda adalah:
• Laptop bersaiz dan berat yang sederhana, antara 2kg hingga 3kg
• Saiz skrin yang besar antara 14 hingga 17 inci
• Tempoh jangka hayat bateri yang lama kerana selalunya pengguna ini akan menggunakan laptop dalam keadaan bateri dicas
• Memori antara 2GB hingga 4GB bergantung pada penggunaan
• Mempunyai kad grafik sebagai bantuan kepada pemproses utama dan memori
• Menggunakan prosessor 2 hingga 4 teras (Quad Core, Core 2 Duo, AMD Turion)
• Jenama/jenis disyorkan: IBM, Lenovo, Dell, Apple

Walaubagaimanapun, ini semua bergantung kepada tahap kepenggunaan individu. Jenama laptop yang disyorkan adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian dari pengguna-pengguna terdahulu. Anda boleh membuat penilain sendiri berdasarkan panduan di atas.


Apa yang paling penting sekali ialah penjagaan kerana laptop mempunyai papan litar yang sangat padat. Paling utama adalah elakkan dari kepanasan. Sekiranya kepanasan melampau, selalunya akan merosakkan memori (RAM) dan upaya prosessor untuk memproses data dengan lebih baik.

Sumber : http://pakarkomputer.my/

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share