28 April, 2010

‘Privacy Settings’ di Facebook (Supaya Muslimah Terjaga Kehormatannya)



Di Facebook, bermacam-macam aksi kenakalan muslimah sama ada gambar atau video terdedah apabila mereka mengupload foto-foto malah video-video tentang diri mereka dan rakan-rakan.  Saya tahu tujuan mereka adalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan muslimah mereka.  Mungkin mereka lupa atau tidak tahu bahawa apabila mereka mengupload ke Facebook, bukan sahaja rakan-rakan mereka boleh menontonnya, malah orang lain juga akan didorong sama melihatnya.  Baca ini:  http://muzir.wordpress.com/2010/03/05/bahaya-fungsi-tagging-di-facebook/


Setakat ini, belum ada foto-foto yang mendedahkan aurat atau yang melampau.  Namun, jika mereka terlalai dan lupa, barangkali esok atau lusa, akhirnya nanti akan terdedah juga.  Na’udzubillahi min dzalik.
Entry kali ini khas saya tujukan buat mereka.  Dengan harapan agar maruah dan kehormatan mereka terjaga tatkala menggunakan Facebook. 


(1)  Sebaik-baiknya, tak perlu ada akaun Facebook.

(2)  Kalau nak ada akaun Facebook, jangan upload gambar & video.  Simpan sahaja di dalam komputer sendiri untuk tontotan sendiri, keluarga dan rakan-rakan yang boleh dipercayai.  Dan berhati-hati tatkala menggunakan lama sosial seperti Facebook, Myspace, Twitter, Friendster dan sebagainya.  Baca sini:   http://muzir.wordpress.com/2010/04/02/facebook-jangan-tak-jangan/ dan http://muzir.wordpress.com/2009/06/12/facebook-friendster-myspace-haram/

Risiko menggunakan internet sebagai tempat bersosial memang ada.  Internet tidak bersempadan.  Justeru, kena sangat berhati-hati.  Di Facebook sebagai contoh; telah disediakan beberapa privacy settings supaya bukan semua maklumat diri terdedah kepada umum.  Walaupun privacy settings ini bersifat piawai iaitu kita tidak boleh membuat setting mengikut kehendak kita yang spesifik, namun sekurang-kurang kita telah berusaha agar maklumat tentang diri tidak terlalu terdedah.

Ingatan khas untuk muslimah:  Maklumat & gambar diri tidak akan terdedah jika tidak didedahkan oleh 
diri sendiri atau kenalan.  Berhati-hatilah selalu kerana maklumat dan gambar diri yang terdedah barangkali boleh digunakan oleh orang yang berniat jahat.  Sebaik-baiknya, jangan letak gambar kalian di internet.

Untuk mengetahui cara-cara untuk setkan privacy settings di Facebook ,Sila ke :


kredit kpd : http://muzir.wordpress.com/

2 comments:

ummu adib berkata...

TQ.....semoga perkongsian ilmu ini di berkati illahi

abuaqil berkata...

salam ummu adib

sama2...semoga bermanfaat utk semua muslimah

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share