02 April, 2010

BERITA ‘BAIK’ UNTUK PEROKOK



KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.
SUMBER :  http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

2 comments:

abuaqil berkata...

kalau benar perkara ini...alangkah malangnya perokok2

Aliaa berkata...

berita 'baik' ???

eii,kotor la.harap2 la berita ni dpt mmbuatkan perokok2 sedar...

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share